Thursday, June 30, 2011

Intip & Rakaman Sulit Dihukum Kerja Masyarakat. Adilkah?

HOPKINS.
HOPKINS.
RACHEL.
RACHEL.
LONDON: Seorang wanita yang menemui cakera digital video (DVD) dalam beg teman lelakinya terkejut apabila melihat kadungannya, rakaman sulit aksi 14 wanita rakan sepejabat lelaki itu dalam tandas.

Rachel Jones, 27, dari Swansea, Wales Selatan, kemudian menghantar mesej menerusi telefon kepada wanita terbabit, memberi amaran kepada mereka mengenai kewujudan kamera tersembunyi dalam tandas di pejabat mereka.

Sebuah mahkamah diberitahu, ia menjadi mimpi ngeri bagi setiap wanita apabila Rachel, pekerja sebuah kedai, membongkar kegiatan teman lelakinya, Matthew Hopkins, 29.

Mahkamah juga diberitahu, Rachel mahu melindungi 14 wanita itu.

Dia merampas telefon bimbit lelaki itu untuk menghantar mesej kepada wanita berkenaan: “Saya ada sesuatu yang menyedihkan untuk memberitahu anda.

“Dia merakam gambar anda di tandas pejabat. Saya mohon maaf kerana terpaksa memberitahu anda. Dia begitu teruk.”

Bagaimanapun, Hopkins, semalam hanya dihukum melakukan kerja kemasyarakatan selama tiga tahun selepas didapati bersalah merakam 14 wanita dalam tandas di Jabatan Pelajaran Swansea, Wales Selatan.

Pendakwa raya, Natasha Morgan berkata: “Hopkins membeli kamera mengintip menerusi eBay dan memasangnya di tandas, di sebalik dinding. “Kamera itu mula meramkam apabila ada orang memasuki tandas itu.” - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adilkah? Bagaimana peraturan dalam Islam? Kini kita sedang menghadapi isu video seks Anwar, hasil dari permainan politik gila sekarang. Sebenarnya mengintai dan mengendap itu sendiri adalah penyakit yang amat serius. Ramai penggemar kegiatan mengintai ini tidak sedar yang dia sebenarnya sedang sakit. Ianya bertentangan dengan agama dan adap serta tamadun manusia.

1 comment:

Anonymous said...

salam Haji,
sya setuju dengan tulisan tuan haji perkatakan diatas. tetapi di malaysia dalam kes video sex anwar ibrahim saya hairan kenapa ahli2 politik PAS sendiri lebih salahkan si penunjuk (datuk T) dripada si pelaku didalamnya dan secara membuta tuli mempertahankan si pelaku tanpa membuat siasatan terlebih dulu, dan kini setiap bukti2 (termasuk respon n tindakan anwar sendiri) mejurus kepada dia lah pelaku dalam video sex tersebut. malahan saudara Mat Sabu suatu ketika dahulu menganugerahkan gelaran aljuburi kepada anwar seolah2 berkeyakinan penuh anwar adalah seorg peliwat tetapi hari ini berjuang sama2 aljuburi tersebut.. wassalam. faizul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails