Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin mempengerusikan muzakarah
KUALA TERENGGANU: Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh.
"Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.
"Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita," katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini, Khamis.
Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.
"Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan," katanya.
Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan 'syura' (berbincang).
Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara.
Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru. "Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.
"Seperti di Terengganu, kita nak lahirkan generasi Ulul Albab, generasi celik Al-Quran dan Hadis, nak menjadikan ornag Islam itu baik. Apakah kita kena runtuhkan yang ini dan nak bina yang baru yang dikatakan satu tamadun," kata Abdul Shukor. -BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah contoh ulama 'syaitan bisu'.. yang duduk di bawah telunjuk kaki pemimpim-pemimpin politik sekular mereka..
Satu: Katanya '...kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.' Untuk memperbaiki SPR, itulah tujuan BERSIH 2.0
Kedua: Katanya, 'Islam suruh kita berbincang dulu...' Inilah yang SPR tidak mahu, atas telunjuk politik parti BN. Kalau SPR mahu berbincang, perhimpunan BERSIH 2.0 tidak akan berlaku.
Ketiga: Antara tuntutan BERSIH 2.0 ialah:
- BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
- Reformasikan Undi Pos
- Gunakan Dakwat Kekal
- Akses Media Yang Bebas & Adil
- Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
- Kukuhkan Institusi Awam
- Hentikan Rasuah
- Hentikan Politik Kotor
12 comments:
Pakaian pun tidak mencerminkan seorang ulamak Islam
inilah dikatakan ulama yg mebiarkan kezaliman dan kejahatan berlalu dihadapannya dan tidak mengusahakan apa2 utk menghalangnya...masyaAllah
minta maaaf inilah dinamakna ularmak taiktak dpt menilai dan membeezakan antara yg HAK/AMANAH dan yg BATIL
malah yg batil khianat disanjung ,dipertahankan demi sesuap kenikmatan duniawi..kata bodoh melenting,diberi nasihat kata memandai tolong lah wahai ulama2 apa kah kamu semau dah jadi HAMAN moden?
diperjelaskan semua sudah dirunjukana bukti pengkhianatan dan kebejatan gerombolan sudah..bagaimana khazanah negara dan rakyat diperbodohkan pun tak peka dan maseh buat mata buata hati...???? bukan semua rakyat ini bodoh dan senang2 dipermainkan...satu waktu pasti kamu aka di[pertanggung jawapakan didepan ALLAH....tak malu ulama le kononya...
minta maaaf inilah dinamakna ularmak taiktak dpt menilai dan membeezakan antara yg HAK/AMANAH dan yg BATIL
malah yg batil khianat disanjung ,dipertahankan demi sesuap kenikmatan duniawi..kata bodoh melenting,diberi nasihat kata memandai tolong lah wahai ulama2 apa kah kamu semau dah jadi HAMAN moden?
diperjelaskan semua sudah dirunjukana bukti pengkhianatan dan kebejatan gerombolan sudah..bagaimana khazanah negara dan rakyat diperbodohkan pun tak peka dan maseh buat mata buata hati...???? bukan semua rakyat ini bodoh dan senang2 dipermainkan...satu waktu pasti kamu aka di[pertanggung jawapakan didepan ALLAH....tak malu ulama le kononya...
fuc'''''la, lahan''''t, kaki rasu''''h
Yang jadi masalah tuntutan bersih tak nak diselesaikan dok tangoh dari masa kesemasa. Kalau tak silap
problem ini dah bertahun beb. Apa ulamak tak tahu ke.
politik malaysia kotor sbb kotornya akhlak anwar ibrahim. itu yg pertlu dibersih kan dahulu.
kerana demokrasi yg bersih ler PAS msih memerintah kalantan sampai hari ni, n kerana sistem demokrasi yg bersih ler 4 negeri kepunyaan BN tumbang menjadi milik pakatan... xkan hanya 1 malaysia jd milik pakatan baru dikatakan sistem kita bersih..??
bersih kan tuntutan... kena jadi bersih... orang nak suarakan supaya negara ini bersih tak kan salah kot... bermula dari pemilihan yang bersih... dapat pemimpin yang bersih.. dapat bayar gaji ulamak dengan duit yang bersih... barulah kita dapat ulamak yang bersih...
Salam Anon 11.27pm,
Aklak pemimpin UMNO baik sangat ker?
Tidak timbul soal PR sudah tawan 5 buah negeri( Negeri Perak telah diguling melalui pembelian wakil rakyat dari PKR dan Dap. Dan tidak timbul persoalan bila PR mengambil alih Putrajaya atau dapat membentuk sebuah kerajaan baru di peringkat pusat. Kalau PR kalah pun berdasarkan pertandingan yang adil maka , itu tidak menjadi hal. Rakyat yang membuat pilihan.
Soalnya sekarang , SPR masih belum menunaikan 8 tuntutan Bersih 1 tahun 2007. Itu sahaja yang diminta oleh BERSIH. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa SPR menutup pintu perbicangan dengan pelbagai alasan yang sengaja untuk tidak mahu menunaikan tuntutan BERSIH yang mahu pilihanraya yang adil. Biar PR dan BN berlawan secara anak jantan dipadang yang samarata.
Kita mesti berfikiran terbuka dalam hal ini. Jangan keamanan negara kita dibandingkan dengan negara dunia ketiga yang lain seperti di Afrika. Bercakap tentang keamanan, Singapura lebih aman dan kadar rasuah negara tersebut adalah diantara yang terendah di dunia.
Kerajaan PAP di Singapura bukan dipimpin oleh Islam, tetapi mengapa kadar pertumbuhan ekonominya adalah 14% berbanding Malaysia di sekitar 6% , sedangkan hasil negara kita lebih banyak. Jelas berlaku ketirisan yang jelas. Dilaporkan lebih dari RM800 billon mengalir keluar negara secara haram , sejak 10 tahun yang lalu. Mengapa Ulama' tidak bising dalam hal ini?
Yang sebenarnya, banyak lagi kepincangan yang berlaku kerana kegiatan jahat pemimpin UMNO/BN. Ulama tak kedengaran bersuara. Golongan ulamak yang dibela oleh kerajaan tersangat selektif dalam membangkitkan isu. Mereka akan bangkitkan isu yang HANYA disukai oleh Penguasa yang korup.
Minta maaflah kalau tulisan ini membuat tuan marah pada saya. Saya menulis berdasarkan realiti.
akhlak pemimpin PAS & PKR baik sangat ke?
1) Kalau dah dakwa pilihanraya tak adil, sepatutnya tolaklah keputusan yang beri kemenangan kemenangan kpd PR untuk perintah 5 negeri. Tu barulah walk the talk!
2) Siapa sebenarnya yang memulakan kempen membeli wakil rakyat kalau bukan Anwar Ibrahim dgn fantasi 16 septembernya yang gagal?
3) Siapa cakap yang SPR tutup pintu rundingan. S. Ambiga, peguam yang lantang pertahankan Melayu murtad bersama 9 wakil yang lain diberi keistimewaan bejumpa terus Pengerusi SPR & pegawai2 kanan yang lain. Semua isu dah dijawab dengan jelas oleh SPR, tapi sengaja dibuat tak tahu oleh Ambiga pro-murtad yang disokong oleh PAS!
4) so, oleh kerana negara kita aman, marilah kita beramai2 langgar peraturan buat perhimpunan haram? apa punya pemikiran la pak syeikh PAS neh.
5) nak tahu kenapa Singapura lagi makmur dari Malaysia? sebab di Singapura, sebelum ni Pemerintah sekat habis2 pembangkang. Singapura bukan demokratik macam Malaysia. Sebab itu Pemerintah depa boleh fokus pada pembangunan negara. Malaysia? GTP, ETP baru nak berjaya, dah puak pembangkang + pro-murtad buat perhimpunan haram. Macam mana pelabur nak datang?
6) pada puak PAS, ulamak hanya akan disanjung kalau pemimpin yang terang2 berselingkuh dgn amoi & menghemtam sesama lelaki dipertahankan. Jumud sungguh pemikiran puak PAS!
7) PAS, DAP & PKR yang baru berapa tahun membentuk kerjasama & pemerintah pun dah banyak kontroversi, tak boleh nak bayang kalau hangpa semua ni perintah Malaysia!
Minta maaflah kalau tulisan ini membuat tuan marah pada saya. Saya menulis berdasarkan realiti.
Komen Ibnu Hisyam: Inilah contoh blogger 'syaitan bisu'.. yang duduk di bawah telunjuk kaki pemimpim-pemimpin pro-murtad & anti-Islam mereka..
Satu: Katanya '...kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.' kononnya BERSIH 2.0 nak memperbaiki SPR. Padahal bersepah flyers BERSIH kat KL minta orang turun untuk gulingkan Kerajaan secara kekerasan.
Kedua: Katanya, 'Islam suruh kita berbincang dulu...' Inilah yang ditunjukkan SPR. Tan Sri Pengerusi SPR & pegawai2 kanan SPR sendiri sambut kedatangan peguam pro-murtad S. Ambiga bersama 9 yang lain untuk menjawab setiap persoalan & mereka menerimanya. Kemudian jumpa puak PAS, pusing cerita lain. Munafiq sungguh.
Ketiga: Antara tuntutan BERSIH 2.0 ialah:
•BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
•Reformasikan Undi Pos -
•Gunakan Dakwat Kekal
•Akses Media Yang Bebas & Adil
•Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
•Kukuhkan Institusi Awam
•Hentikan Rasuah
•Hentikan Politik Kotor
dey Pak Janggoat, pilihanraya parti PKR sendiri pon tunggang langgang, kerusi meja semua naik, ahli sendiri dakwa ada pengundi hantu, calon membantah permohonan ditolak, ahli tunjuk perasaan depan bangunan sendiri, nak mengajar orang lain pulak pasal kendalikan pilihanraya?
Jelaslah, pembangkang PR & pro-mutad yang tidak mahu berunding. Apakah mereka mengikut contoh beberapa kerajaan timur tengah yang digulingkan dan kemudian CIA, FBI, MOSSAD dan agen2 asing yang kuasai sebenar pemerintahan negara? (IH)
Masya Allah, beginikah adab penyokong2 kepada sebuah Parti yang mendakwa berteraskan Islam? Lihat sendiri betapa 'KOTOR' nya ayat mereka yang kononnya nak buat perhimpunan 'BERSIH' :
1) Pakaian pun tidak mencerminkan seorang ulamak Islam : Jumudnya fikiran anda. Adakah hanya orang yang berjubah dan berserban sahaja yang layak dilabel sebagai Ulama'?
2) inilah dikatakan ulama yg mebiarkan kezaliman dan kejahatan berlalu dihadapannya dan tidak mengusahakan apa2 utk menghalangnya...masyaAllah : Bukankah Ulama' tersebut telah mengusahakan agar tidak terjadi kezaliman terhadap orang awam & para peniaga berkecuali daripada mendapat kerugian hasil demonstrasi haram yang nak dibuat?
3) minta maaaf inilah dinamakna ularmak taiktak dpt menilai dan membeezakan antara yg HAK/AMANAH dan yg BATIL malah yg batil khianat disanjung ,dipertahankan demi sesuap kenikmatan duniawi..kata bodoh melenting,diberi nasihat kata memandai tolong lah wahai ulama2 apa kah kamu semau dah jadi HAMAN moden?
diperjelaskan semua sudah dirunjukana bukti pengkhianatan dan kebejatan gerombolan sudah..bagaimana khazanah negara dan rakyat diperbodohkan pun tak peka dan maseh buat mata buata hati...???? bukan semua rakyat ini bodoh dan senang2 dipermainkan...satu waktu pasti kamu aka di[pertanggung jawapakan didepan ALLAH....tak malu ulama le kononya... : Mudahnya melabel orang lain dengan panggilan hina seperti tahi dsb. Apakah anda tidak fikir di akhirat kelak, anda sendiri yang akan disoal oleh Allah kerana melemparkan kata nista dan caci maki terhadap saudara seIslam?
4) fuc'''''la, lahan''''t, kaki rasu''''h : tak perlu ulas panjang, komen ini dah cukup menggambarkan keperibadian dan tatasusila anda.
5) Yang jadi masalah tuntutan bersih tak nak diselesaikan dok tangoh dari masa kesemasa. Kalau tak silap
problem ini dah bertahun beb. Apa ulamak tak tahu ke. : Adakah anda mahu lihat agensi Kerajaan menyalahgunakan kuasa yang melebihi drpd apa yg sepatutnya? Sudah dijelaskan kebanyakan tuntutan S. Ambiga itu diluar bidang kuasa pihak SPR!
6) bersih kan tuntutan... kena jadi bersih... orang nak suarakan supaya negara ini bersih tak kan salah kot... bermula dari pemilihan yang bersih... dapat pemimpin yang bersih.. dapat bayar gaji ulamak dengan duit yang bersih... barulah kita dapat ulamak yang bersih... : So, dgn buat phimpunan Haram, gulingkan Kerajaan, kita akan dapat satu Kerajaan baru yang bersih? Kalau dah perhimpunan pun HARAM, kalau wujud pun Kerajaan nanti pun adalah KERAJAAN HARAM! so easy, isnt' it?
JUMUD + KURANG AJAR = TYPICAL MINDED FOR PR SUPPORTER
Post a Comment