ALOR SETAR: Setiausaha Bahagian Jerlun, Jasmi Mohd Ismail dan Ketua Puteri Umno bahagian itu, Yusmawati Yaacob digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran dakwaan khalwat yang dihadapi oleh mereka di mahkamah syariah minggu lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah berkata surat berkaitan pengguguran jawatan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Ummo, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Jun lalu.
"Kedua-dua mereka telah menerima surat berkenaan.Ini merupakan kes yang pertama yang melibatkan pemimpin Umno di Kedah," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Justeru, Ahmad Bashah berkata, Naib Ketua Puteri Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi akan memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan parti diadakan kelak. Berhubung pengganti Jasmi pula ia akan diputuskan oleh Ketua Umno bahagian Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.
Isnin lepas, Jasmi dan Yusmawati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah bulan lalu. Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.
Jasmi dan Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. (Sumber mStar Online)
Sebelum ini, lihat teruknya peribadi pemimpin-pemimpin UMNO..
- Datuk UMNO Ini Ditangkap Khalwat? Oh, Malunya.
- Tahniah JHEAIPP, Tangkap Khalwat Pelajar Bogel
- Khalwat Norman Memey: Serumah Lagi Tiada Respon JAIS
- Pemimpin Bawah Najib Ditangkap Khalwat Atau Merogol?
- Foto bogel adun bukit lanjan, dr halimah ali di tangkap khalwat ...
- K/UMNO Puchong Ditangkap Bersetubuh Dg Isteri Orang
- Artis Aman Shah Berkhalwat Dg Janda Anak 2?
- Aida Khalida Berkhalwat Dengan Bekas Suami?
- Galas: Calon PAS Menang Pertama...
- Ketua UMNO Gombak Khalwat/Zina, Ini Buktinya?
- Hakim Syarie Didakwa Khalwat
- Maksiat, Khalwat, Judi: Siapa 5 Artis Akan Ditahan?
- Tuduhan Dr Zul Khalwat, PAS Ambil Tindakan Undang2
- P/Khas Pem/Menteri Di Sabah Dicekup Khalwat
- Video Lucah Shahanim, Naib Ketua Puteri UMNO?
Memang teruk sungguh UMNO ni. Lagu mana anak tak kencing berlari, bila ketua Puterinya kencing berdiri.
ReplyDeleteaamm.. no..