Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).
Pemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular dan cekap terutama dalam menganjurkan demonstrasi jalanan bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan. Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).
Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616undi. Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden. Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi. (IH)
No comments:
Post a Comment