Monday, June 27, 2011

M'sia BN, Diperintah Syaitan,. Tolak Dlm PRU 13.

KL 27 Jun 11: Jelas, Kerajaan Malaysia kini diperintah oleh 'saudara shaitan' dan kuncu-kuncunya. Kerana Allah SWT memberi ancaman dalam Al-Quran, ayat 27 Surah Al-Isyra’ iaitu, “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah 'saudara-saudara syaitan', sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Demikian pandangan Dr Hj Mohd Hasyim editor Weblog Ibnu Hasyim.

Katanya, berikutan pemakluman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan YB Siti Zailah Mohamad Yusof, PAS-Rantau Panjang.

Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Kata editor IH itu lagi, "Saya bersetuju dengan kenyataan YB Zailah bahawa rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat. tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun."

Sementara itu, perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58. Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan YB Tian Chua, PKR-Batu.

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011. Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom). Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady. Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.

"Sampailah masanya, sudah 1/2 abad golongan asobiah dan geng-geng syaitan ini dibiarkan mentadbir negara, maka pada PRU 13 akan datang mereka wajib ditukar. Pilih pimpinan seperti TokGuru Nik Aziz, Hj Abdul Hadi atau Lim Guan Eng contohnya..." Jelas Hj Mohd Hasyim lagi. (JH)

2 comments:

  1. Tolonglah jangan tujuk gambar betina puaka tu.... aku terlalu benci tahap langit ketujuh dah kepada syaitan betina tu.

    ReplyDelete
  2. Memang, sifat malu adalah pakaian orang2 beriman, dan pemerintah Mesia rata2 jauh dari sifat itu. Lantaran itu, pendedahan demi pendedahan perangai burok mereka kurang memberi kesan. Namun, tingkahlaku mereka insyaAllah akan ditulis dlm buku2 sejarah dan bakal memberi malu kpd anak cucu mereka. Berwaspadalah.

    ReplyDelete