Wednesday, June 08, 2011

Mudahnya Rogol Di M'sia. Mengapa Begini?

BUKTI...bas yang dipercayai menjadi tempat seorang wanita hampir dirogol malam kelmarin.
BUKTI...bas yang dipercayai menjadi tempat seorang wanita hampir dirogol malam kelmarin.

JASIN 8 Jun 11: Seorang pemandu bas ekspres bertindak gila apabila menayangkan filem lucah sebelum cuba merogol seorang wanita yang menjadi penumpang terakhir kenderaan terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral.

Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, pemandu berusia 38 tahun itu melencongkan bas dipandunya ke ladang sawit di Jalan Tiang Dua-Bukit Kajang sebelum cuba merogol mangsa. Wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi di Kuala Lumpur itu menegur pemandu berkenaan kerana menayangkan filem lucah ketika dia menjadi penumpang terakhir dalam bas.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengendahkannya, malah terus membuka seluarnya sebaik memberhentikan bas di kawasan sunyi. Namun, wanita berkenaan bernasib baik kerana kebetulan dua anggota polis yang menaiki kereta peronda melalui kawasan itu dan terus memeriksa selepas melihat keadaan bas mencurigakan.(myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begini? Nampaknya tayangan video lucah dijadikan muqaddimah ke arah melakukan maksiat atau perogolan. Apakah ini juga taktik BN menayangkan video lucah berwajah ketua parti pembangkang, untuk memusnah dan memaksiatkan rakyat? Merogol keyakinan rakyat yang mula mahi menolak BN? (IH)

4 comments:

dankuala.com said...

Sebab orang alim, ustaz ustaz sibuk politik. Mereka tidak ada masa untuk melakukan kerja kerja tarbiah rakyat terbanyak.

Mereka yang menamakan diri mereka PAS asyik mencari kesalahan kerajaan atas arahan DAP !

pokku(putrajaya) said...

Bukan tak bleh tegur boh...ulamak tak bleh nak tegur sebab b-end yang bengong!!kena salah pemerintah negara yang takde jiwa keislaman&tidak menggunakan hukum Allah sebagai ikutan...jangan salahkan PAS/orang2 alim...memang dasar pemerintah b-end yg tak bagi ruang dalam perkara membabitkan negara kpd ulamak&org2 alim...lu pikirlah sendiri boh...satuuuu mesia...macam hampeh!slogan utk budak2 blehlah...

Anonymous said...

to dankuala...."Sebab orang alim, ustaz ustaz sibuk politik. Mereka tidak ada masa untuk melakukan kerja kerja tarbiah rakyat terbanyak.

Mereka yang menamakan diri mereka PAS asyik mencari kesalahan kerajaan atas arahan DAP ! "

sodapnyo mulut ekau jang...aku doakan kau pekak dan bisu

Anonymous said...

nasib baik org yg dituduh tuduh rogol tu tak buat demo minta 4 org saksi n minta Qazaf... huhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails