Tuesday, June 28, 2011

Nik Aziz Tidak Hadir Himpunan Bersih 2.0 9 Jun..


KL 28 Jun 11: Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat tidak akan menyertai himpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Demikian Lapor Sinar Harian hari ini bersumberkan blog Mohd Sayuti Omar

Dikatakan MB Kelantan itu bersama rombongannya akan berlepas ke Uzbekistan esok di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Beliau akan membuat lawatan ke negeri bekas jajahan Russia dalam rangkaian menziarahi makam perawi hadith-hadith sahih yang terkenal iaitu Imam Bukhari dan Imam Termizi.

Rombongan beliau terdiri daripada ADUN Limbongan Dr Zainudin Awah Hamat, ADUN Meranti Nasaruddin Daud yang juga speaker Kelantan, ADUN Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco Kerajaan Kelantan dan ADUN Lanas Abdullah Yaacob.

Mereka dijangka berada di Uzbekistan selama dua hari sebelum berlepas ke Dubai menuju ke Madinah. Menurutnya lagi, selepas mengerjakan umrah rombongan tersebut dijangka pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih berlangsung. Ini bermakna Nik Aziz tidak akan menyertai himpunan Bersih tersebut. (IH)

Lihat sebelum ini..

3 comments:

  1. time la dok kalut nak p ziarah... rakyat dok harap tok guru bole bersama dlm 9 julai!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Haaaa, kali ini saya mohon untuk tidak bersetuju dgn Tuan Guru.. Sangat2 terkilan & kecewa jika Tuan Guru tidak hadir atas urusan2 seperti ini..

    Keputusan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 telah dibuat sejak awal tahun lagi & waktunya adalah sekitar pertengahan tahun.. Jadi, perkembangan seperti ini tak sepatutnya berlaku kerana perhimpunan tidak dilangsungkan secara tiba2..

    Tuan Guru sepatutnya mengosongkan sebarang aktiviti 'outstation' antara Mei hinggalah Ogos sejak awal-awal lagi.. Kami tak mahu lihat walau seorang pun yang sepatutnya hadir tapi tak hadir atas urusan2 sebegini yg boleh dikemudiankan..

    Harap Tuan Guru batalkan atau tangguh, untuk agama, bangsa, negara & parti kita! Kita tidak kisah jika urusannya benar2 kritikal seperti rawatan kesihatan yang tidak boleh ditangguh atau perkembangan ini atas kehendak dalam Solat Istikharah Tuan Guru.. Harap perjelaskan sebelum pergi!

    ReplyDelete
  3. bgus r sbagai pemimpin islam mcm ni yg kte nak..pk jaoh..
    ikot ambiga yg prnah mengadekan isu islamic dlm negare dulu??
    ambiga antare org kuat yg mnentang islam,skg ni korg nk ikot die plak???ape da jd ngn org islam kat malaysia ni???

    ReplyDelete