KATYA...dapat tempat ketujuh dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan baru-baru ini.
SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea. Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini. Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.
Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan. Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang. Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.
Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam. Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.
“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM
Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah? Sila komen..
4 comments:
itu bukan hukum Islam. Perlu nasihat dan diplomasi. Dia bukan berzina...Ini soal akhlak. Perlu nasihat.
kalau tidak silap..rasernya tiada..hukuman sebegitu dalam islam...saya sependapat dengan mohd dasuki.
T.kasih komen tuan-tuan.
sEPATUTNYA dia tidak di rejam kerna rejam adalah untuk hukuman berzina,kalau tdk salah.,dn sekiranya dia ingin memakai pakaian seksi,itu antara dia dan ALLAH S.W.T
Post a Comment