Saturday, June 04, 2011

Rogol Teman Wanita Depan Ibu, Salah Siapa?


KL 4 Jun 11: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.

“Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman. (my Metro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Salah Siapa? Sudah tentu salah pemerintah! Pemerintah bertanggung jawab setelah 30 tahun mentadbir dengan membina persekitaran berikut! Itulah kerja UMNO yang menolak pendidikan dan perundangan Islam!! Sekarang hasil tuaian' ladang lalang' yang dtaanam.

4 comments:

mohamad said...

nanti kalau giliran kita perintah, perkara tersebut berlaku juga, nak salah siapa ek? mungkin kata-kata spt tuan kata kpd UMNO hari ini akan dikatakan pula kepada kita. zaman rasulullah dulu ada juga orang berzina. tapi bukan kelemahan sistem pemerintahan rasulullah tapi orang itu yang sengaja melakukan maksiat. kerajaan BN salah kerana tidak memasukan roh islam dalam sistem pendidikan, program pembangunan modal insan pun tidak membentuk manusioa menjadi insan tapi untuk menjadi mesin. itu patut kita kritik.

Ali Mahmud said...

Siapa perintah pun yang penting ikut Islam. Bagaimana roh Islam nak masuk,kalau badan tak Islam? Sebab itu kena laksanakan hukum hudud dan pendidikan Islam.

Diturunkan hukum zina kerana ada perbuatan zina. Tuhan Maha Tahu pentingnya hukum hudud. Cuma UMNO/BN yang ingkar tak nak laksanakan hukum Allah SWT. Berbagai alasan diberikan.

Saya sokong Mohamad.. Kritik BN dengan menumbangkan BN dalam PRU 13 akan datang.

Anonymous said...

Riuh benar orang org pas nak tumbangkan BN....gegak gempita BN nak tumbang...jalan ke putra jaya la...apa la.....tapi hakikatnya...pas itu masih jauh ke belakang...UMNO membina kekuaan dlm senyap...jentera umno bekerja tanpa kecoh...tup tup...umno dpt selangor semula...kelantan makin hampir...kedah 50 50....cuma penang agak sukar....pas mcm biasa dgn gegak gempita nya dgn ceramah dan demo nya...dgn perhimpunan 30 ribunya....akhirnya...pas tetap keciwa kerana pas kurang startegist...pas hanya ramai panglipulara....lihat sahaja di sarawak....bloggers pas menulis bagai nak ghak....taib mahmud magaikan nak dipancung hidup hidup...akhirnya 5 kerusi ditandingi..pas ternganga melopong semuanya....PKR yg sudah bagai kuasa di wisma negeri bertanding 49 kerusi dgn menafikan dan menghumban snap jauh jauh...hanya mampu menang 3 kerusi...16 september 2008 anuar brahim buat press conference untk pindah kuasa secara aman jadi cerita mat jenin....BBC yg dikejar hingga ke taiwan rupanya jadikan tan chua bagai badut gila talak....inilah hakikat pas yg dahagakan kuasa....percayalah...pas tidak akan bejaya di PRU nanti...alasannya mudah....pas tidak ada kuality ke arah itu ....pas sekadar layak menjadi bgahal dan lembu yg dipimpin talinya dan pas tidak akan mampu menjadi tuan kpd lembu itu....Pendeknya...hanya tggu masa utk di sembelih shj....buat korban akikah

Anonymous said...

salah org yg buat salah le. Kat arab pun ada gak perogol walaupun ada hudud. Janganlah ajak org lain jadi benak. Negara kita ada undang bukan takde langsung. Dan semua orang tak sempurna.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails