Tuesday, June 14, 2011

Shahrizat & Isteri PM Patut Sertai K/Taat Suami


Lihat selanjutnya..
Mesej Ras Adiba ‘You’re joking right, OWC?’ bantah Kelab Taat Suami

KL, 13 Jun 11: Bagi menggambarkan pendirian tidak bersetuju dengan penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan awal bulan ini, selebriti Ras Adiba Radzi menggunakan cara tersendiri untuk menyampaikan mesej beliau.

Beliau menggunakan slogan ‘You’re joking right, OWC?!’ pada beg kitar semula sebagai tanda tidak bersetuju dengan penubuhan kelab tersebut. Sebahagian beg itu dipamerkan pada majlis pelancaran beg ‘Sporting Ras’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini hari ini. Beg-beg itu bukan untuk dijual.

‘OWC’ merujuk Obedient Woman Club atau Kelab Taat Suami dilancarkan 4 Jun lalu di Rawang. Ras Adiba, Ketua Pegawai Eksekutif Pro Trading & Production yang mengeluarkan beg ‘Sporting Ras’ berkata, beliau menggunakan slogan ‘You’re joking right, OWC?!’ untuk mempersenda Kelab Taat Suami.

“Bukan semua pasangan suami isteri yang setuju dengan pendirian kelab tersebut. Ramai yang menentang penubuhan kelab itu tetapi mereka (Kelab Taat Suami) langsung tidak ambil kira pendapat semua,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Bag Ras’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini hari ini.

Ras Adiba juga berkata mungkin dengan cara itu, kelab tersebut sedar bahawa ramai yang menentang dengan prinsip mereka. “Bila pengguna memakai beg kitar semula ini, mana tahu kalau-kalau ahli mereka nampak dan sedar,” ujarnya lanjut.

Sebelum ini, Kelab Taat Suami cawangan Malaysia dilancarkan dengan membawa mesej kesediaan isteri untuk patuh dan memenuhi keperluan seks suami masing-masing, sekali gus mengelak mereka daripada berlaku curang ataupun mencari pelacur. Sejak diperkenalkan di Johor 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia yang mana 50 peratus ahlinya merupakan mereka daripada kalangan kelas atasan dan berminda terbuka serta golongan intelek.

Sementara itu, Shahrizat turut berkata, kelab tersebut langsung tidak mewakili keseluruhan pendapat masyarakat khususnya pasangan berumah tangga.

“Bukan sahaja kaum lelaki tetapi juga wanita membantah kelab tersebut.

“Ia bukan suara majoriti tetapi hanya suara-suara kecil dalam kelab berkenaan yang melahirkan pendapat,” katanya pada sidang media.

Shahrizat menambah, secara tidak langsung, kelab itu memberi gambaran negatif terhadap peranan wanita di Malaysia.

“Saya berasa terkilan dengan kelab ini. Ia menggambarkan martabat isteri terlalu rendah dan hanya perlu mengikut telunjuk suami semata-mata,” ujar Shahrizat lagi.

Jelas Shahrizat, beliau memandang tinggi wanita Malaysia kerana mereka mempunyai tanggungjawab dan budaya yang elok. Katanya, jangan sesekali kelab berkenaan mencerminkan wanita sedemikian kerana itu perkara salah.

Dalam pada itu, Shahrizat menyokong sepenuhnya keluaran jenama beg ‘Sporting Ras’ yang dikatakan mampu meneroka pasaran luar negara.

“Ini membuktikan Orang Kelainan Upaya juga boleh menjadi usahawan berjaya setanding dengan usahawan-usahawan maju yang sedia ada.

“Mereka juga dilihat boleh berdikari dan mampu mencari rezeki halal sekali gus menukar taraf kehidupan,” katanya lagi.

Syarikat Pro Trading & Production yang bertapak pada 13 jun 1995 telah mula memperkenalkan beg-beg perjalanan termasuk bagasi dan beg untuk keperluan perniagaan. Selain itu, Ras Adiba berkata, jenama beg ‘Sporting Ras’ telah dipasarkan di enam buah pasar raya seperti ‘Carrefour’ dan di Pertama.

“Terdapat 48 jenis beg yang menggunakan jenama ini, 12 jenis beg sekolah dan lebih 100 beg dan ‘luggages’ untuk Persatuan US polo,” katanya lagi. (The Malaysian Insider)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gambar-gambar di atas menunjukkan pemimpin wanita, atau isteri-isteri pemimpin negara ini, tidak menutup aurat. Atau 'berpakaian tetapi telanjang'. Berpeluk dan bercium depan umum dengan bukan muhrim. Adakah mereka tidak taat pada Allah SWT, atau tidak taat pada suami? Atau kedua-duanya sekali. Mungkin kerana itukah mereka menolak Kelab Taat Suami? Kerana itu, perlukah mereka tubuh pula kelab Jangan Taat Suami?? Sepatutnya, mereka sertai saja kelab ini! (IH)

1 comment:

Mak Srikandi said...

Kebanyakan wanita zaman sekarang tak sempat mengaji kitab mulhimah. tapi lebih terpengaruh dengan Women's Lib dr barat.walhal tidak ada agama selain Islam yg meletakkan wanita ditahap yg mulia.Hanya Islam yg memartabatkan wanita.Nama kelab tersebut Kelab taat suami bukan KIT.Satu seruan yg sememangnya perintah Tuhan.Wanita akan terbela bila taat Tuhan dengan solat,puasa, menjaga maruah dan mentaati suami.adakah ini kolot? sedangkan Tuhan menghadiahkan syurga dan boleh masuk dr mana2 pintu yang disukai.Mentaliti wanita hari ini sudah lama dijajah Yahudi.Rumahtangga semua bermasalah tetapi industri pelacuran dan pornografi mengaut keuntungan untuk Yahudi.bangkitlah wahai kaum wanita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails