Friday, June 10, 2011

Siapa Jejaka Idaman Irma Hasmi Setelah Bertudung?


HALAMAN HIBURAN

KL 10 Jun 11: "Seperti yang digalakkan dalam agama Islam, calon pasangan hidup mesti dipilih berdasarkan agamanya, keturunannya, hartanya dan rupanya. Tapi saya hanya inginkan seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan."

Demikian kata Irma Hasmi semasa ditanya mengenai kriteria jejaka idamannya, menurut sumber Kosmo! Online, yang baru-baru ini, menemuinya di pekarangan Masjid Negara sempena Karnival Inovasi Islam.

Irma, 29, seorang pelakon filem dan fv yang kini tampil dengan imej bertudung dan mula merapatkan diri dengan agama. Al-hamdulillah.

Bila ditanya mengenai apakah sasaran baru Irma sekarang, katanya..

"Apa yang sepatutnya dibawa sebagai bekalan ke akhirat, itulah yang saya cari. Kadangkala saya tertanya-tanya kenapa selama 28 tahun hidup, sebelum ini saya tidak pernah sedar akan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi?"

Menurutrnya lagi, "Selebriti juga boleh menyampaikan dakwah dengan cara tersendiri dan pendidikan sedemikian yang saya terapkan sekarang".

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semoga ramai lagi artis-artis yang mengikut jejak beliau. Al-hamdulillah sekali lagi.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh biar ramai lagi...
Pemuda-pemuda PAS takde yang minat ke?

Lihat sebelum ini..

4 comments:

  1. Bro Ibnu..
    Aku mnat. Boleh tolong..

    ReplyDelete
  2. Ai.. Cepat sangat respond.

    Cari sendiri le.

    ReplyDelete
  3. heheh
    i pun bermiant ni..
    mana tahu ada jodoh
    tapi bab nikah dgn artis kira MAHAL juga nanti..kena buat mejlis tip top and expensive..
    walau bagaimana pun didoakan Irma tak sebegini malah menjadikan ISLAM sebagai landasan dlm bab nikah ini.
    Bro Ibnu boleh kenen kan tah?
    salam

    ReplyDelete
  4. Oi, main kenen-kenen pulak..
    Al-hamdulillah... Insya Allah..

    ReplyDelete