Wednesday, June 08, 2011

Siapa Sebenar Penghalang Hudud? -Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 8 Jun 11: – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal. Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal. Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya. (IH)

2 comments:

  1. ALLAH sebenarnya nak kita org rakyat dan Org ISLAM semuanya megetahui dan melihat siapa manusaia zindik yg Umnoporno angkat dan sanjung nak rak ni sebenarnya..malah semua mempertahankan mahkluk ni walhal kita ketahui siapa dia sebenarnya demi satu "habuan duniawi"dan peyamun khazanah dan dihidangkan dgn kemewahan bangunan tinggi wawasan tak kemana yg hanya utk "menunjuk/menunjol diri kononnya dialah pm terbaik 22 thun memerintah negara....yg hairan bin AJAIB rakyat mudah lupa dan terpedaya dgn tipu helah mahkluk dan kroni2 ini..kesihan dan sedihhhhh rakyat dipermain dan diperbodohkan

    ReplyDelete
  2. Asalammualaikum,
    Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990. kenapa tak di teruskan sahaja....takkan kerana surat amaran dari PM...nik aziz takuttt....enakmen ini di bawah kuasa negeri...apa kena mengena dgn persekutuan....buat shj lah...kenapa tak teruskan....jgn perdaya rakyat....nik aziz ni pengamal fahaman wahabi....kata2nya tidak selari...fatwanya berubah ubah mengikut kesesuaian politiknya....banyak janji2 nya tak di tepati..ini sikap org munafik....dulu aku penyokong tegar PAS...segala keset ceramah berlambak2...kat rumah...tapi akhir2 ini....berlaku banyak kecelaruan....ulamak2 yg mempertahan keutuhan agama Islam dibuang....nampaknya dia pon sama ngan tun M....tapi nampak gak usaha tun m ni majukan negara dan di kenali di mata dunia....aku pernah keluar negara...dulu...bila org sana tanya dari mana aku ckp dari malaysia...mereka tak tahu...ckp dari Kuala Lumpur terus tahu n siap sebut nama Tun M lagi....apa ada hal....sikapnik aziz makin angkoh dan sombong sekarang ni...makin pelik mungkin dah nyanyuk...dia sahaja yg betul...kenapa banyak sekolah pondok di Kelantan sendiri sudah tidak menyokong nik aziz? kenapa? masuk UMNO neraka? masuk Pas syurga? gila kerr mcm ketua padri lak...selagi masih bertuhankan Allah...mengerjakan segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya...adakah dia di kira kafir jika memilih UMNO? Subahan Allah....amanat hadi...seseorang itu kafir jika mengamalkan politik suku, agama suku?? wah! hebat...bagai mana yg mengamalkan politik suku, agama penuh?....jgn putar belit...jgn permainkan agama....nak berpolitik..politik lah...jgn jual agama....kenapa zaman hadi dulu hudud juga tidak dilaksana di negerinya...kenapa azizan tidak melaksanakan hudud ni negeri pentadbirannya.....udah2 lah...mat sabu kena tangkap ngan bini org dlm bilik hotel....apa dah tak der kedai makan or lobi hotel or mana2 tempat terbuka utk berbincang.....jgn perbodohkan org lah.....bersekongkol dng UMNO...kafir....tapi bersekongkol dgn DAP tu apa pulak....terang2 memperbodohkan PAS....isu nama Allah....??? ingat ni perkara kecik..implikasi mungkin 10-20 tahun akan datang.....terang dan jelas dlm Surah Al-Ikhlas....Ini tukan org Islam...ayat berbunyi katakanlah ialah Allah Yg Maha Esa,Allah Yg menjadi tumpuan segala mahluk memohon sebarang hajat, Ia tidak beranak dan dan Ia juga tidak diperanakkan, dan tiada sesuatupun yang serupa denganNya....jadi bolehkan agama lain menterjemahkan nama Tuhannya kepada Allah....terang dan jelas Allah tidak beranak dan tidak di peranakkan...dan tiada sesuatupun yg serupa dengannya....kenapa hadi dan nik aziz tidak pertahankan perkara ini???? jgn jual agama kerana politik??? insaflah...kenapa kamu diberi umur yg panjang?? jadi bertaubatlah...kerana Allah menyayangi kamu...bertaubatlah! sama2 kita bertaubat...atas segala kesilapan yg kita lakukan...ia kita sebagai manusia...memang tidak terlepas dari kesilapan...sy memohon maaf jika melukakan hati sesiapa, ini hanyalah pendapat saya...maaf, Asalammualaikum,

    ReplyDelete