KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti ‘parkir asmara’ apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.
Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.
Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.
Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pegawai berwajib sila siasat segera, kalau tindakan masih belum diambil. Rakyat percaya kewibawaan Kelantan dalam menangani hal ini. Bantu membantulah, dalam 'suruh yang baik dan cegah mungkar'. (IH)
1 comment:
Patut disiasat pemberita dan sumbernya sekali. Byk kes dimana mereka yang menyelia cctv menggunakannya utk skodeng bukan mengawal keselamatan.
Post a Comment