▼
Friday, June 03, 2011
Tegas Tentang Fahaman Sekular UMNO -Nik Aziz
KL 3 Mei 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadikan penegasan menentang fahaman sekularisme sebagai inti penting dalam ucapan pemulanya dalam muktamar parti itu yang sedang berlangsung.
"Saya menyatakan perkara ini sebagai satu penegasan agar PAS mampu berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah.
"Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliah yang mesti ditolak," katanya ketika merasmikan pembukaan Dewan Muslimat di Shah Alam hari ini.
Dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS walaupun sebuah parti Islam tetap bergabung bersama PKR dan DAP yang mempunyai perlembagaan parti yang sekular. Gabungan itu bagaimanapun mengakui mengakui Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan.
Dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, perjuangan PAS berdasarkan kepercayaan bahawa semua perkara dalam dunia ini milik Allah dan ekoran itu perintah-Nya dalam Al-Quran dan Hadis mesti dituruti. Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa, Umno antara pihak yang menentang perkara tersebut. Katanya, parti itu hanya "menentang orang Melayu yang menolak Islam" dengan nama Umno. (IH)
No comments:
Post a Comment