KL, 1 Jun 11: Pemimpin veteran PAS Haji Subky Abdul Latif mengatakan, salah satu sebab mengapa jawatan timbalan presiden tidak sepatutnya dipertandingkan kerana pemimpin yang memegang jawatan itu akan menerajui parti sekiranya kerusi presiden kosong. Katanya semasa ditemui oleh media semalam.
Tambah bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan ini, jawatan nombor dua parti harus diberi kepada pemimpin berlatarbelakangkan kelulusan agama atau ulama berbanding golongan profesional.
“Siapa yang menang untuk jawatan timbalan presiden dia mesti orang yang boleh menggantikan jawatan presiden sekiranya berlaku kekosongan, kalau ditakdirkan kosong orang ini menggantikan peranan presiden.
“Dan, penggantinya mesti hebat atau lebih hebat daripada presiden sebelum ini dan dalam PAS ada calon-calon yang yang layak tapi mereka ini tidak ke depan.
“Pada saya timbalan presiden mesti ulama sebab kalau profesional nanti yang akan jadi timbalan itu akan menjadi pemangku presiden,” katanya.
Jelas beliau, bukan golongan profesional tidak layak untuk memegang jawatan timbalan presiden tetapi sekiranya ia daripada golongan ulama ia akan memudahkan banyak perkara termasuk dalam hal ehwal agama Islam.
“Bukan profesional ini tidak layak, semua layak (untuk jawatan timbalan presiden), Datuk Husam Musa layak, Datuk Mahfuz Omar layak dan Mat Sabu (Mohamad Sabu) juga layak tapi presiden parti mesti orang yang mahir al-Quran dan Hadis.
“Kalau timbalan tiada kelebihan ini dan ditakdirkan presiden tiada macam mana? Pemangku (presiden) mesti mahir al-Quran dan Hadis sebab bila ada soal yang membabitkan hukum Islam dia boleh jawab,” katanya sambil mengakui kepimpinan ulama memang tidak diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan parti.
Namun jelas beliau, secara konvensional dasar kepimpinan ulama yang menjadi tradisi parti itu harus diteruskan. Menjelang hari pengundian 5 Jun ini, sebagaimana disaksikan tahun-tahun lalu, soal kepimpinan ulama dan profesional kembali muncul dalam menentukan penyandang jawatan nombor dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.
Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya soal kepimpinan ulama atau profesional dalam parti itu. Semalam Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu.
Bagaimanapun Subky berkata, untuk jawatan naib presiden mana-mana golongan baik ulama atau profesional dibolehkan. Ditanya pemimpin mana yang layak untuk memegang jawatan utama dalam PAS, Subky berkata pemimpin itu mesti seorang yang berkeyakinan dan boleh diterima semua lapisan masyarakat
“Kalau kita lihat dalam keadaan sekarang, rakyat melihat pemimpin PAS sama macam rakyat lihat Umno yang mana rakyat mahukan seorang pemimpin yang berkeyakinan.
“Sebab itu dalam PAS ini presiden, timbalan presiden dan naib presiden sangat penting sebab rakyat melihat apa yang berlaku dalam parti, kalau seorang itu ustaz dia mesti ustaz yang berwibawa dan kalau dia seorang pemimpin dia mesti boleh diterima semua lapisan masyarakat,” katanya (IH)Lihat sebelum ini...
3 comments:
pigirah ! apa selama ini kerja presiden dok bagi fatwa tentang hukum itu dan ini ka?
apa satu hari presiden selama ini buat keluar 24 fatwa ka, satu fatwa sejam?
abih apa dewan ulama nak buat? musyidul am pas tu tongkol kayu patung replika ka?
Masa abu bakar, umar dll jadi Khalifah depa dok kerja buat hukum ka, apa depa tak pernah tanya sahabat lain ka?
Mana punya doktrin ni?
Apa kat Malaysia ni ulama yang tak joint politik tak diiktiraf fatwa mereka ka?
apa syed kutub kerja dia buat keluar fatwa ka?
apa najashi, raja habsyah tu turun takhta sebab tak boleh beri fatwa ka?
mana dia hadith pemimpin mesti buat keluar fatwa?
apa orang cina, india, siam dll pun jumpa presiden minta fatwa ka?
apa menguruskan perbelanjaan, membentangkan budget, mengatur gerak kerja parti, perhubungan luar negara, perhubungan dalam negara, semua itu kena bagi fatwa ka?
Ya ya ya!....kalau duduk atas pentas ceramah sehari 3 kali memang kerja lain tak buat selain dari beri fatwa.....!
pirah mabuk! suruh Pas jadi NGO macam tabligh lah senang...buat satu lagi mazhab baru, Mazhab Pas.
Bila mat Sabu bertanding pandai pula kata macam ni. Selama ini saya tak nampak no 2 tu boleh ganti presiden pas.
Apa yang pasti Utusan Malaysia menyokong kuat ulama yang melawan mat Sabu. Mesti ada sebab mengapa utusan tak suka Mat Sabu meminpin PAS.
Masih ingat lagi bila nasa menang terus dapat masuk TV ruangan wawancara. Tak pernah berlaku selama ini. Priseden PAS sendiri tak dapat peluang intimewa itu keluar dalam TV.
Ada makna tu.
bila bila pun ahli sunnah akan terus ditipu zionis antarabangsa..pandai cakap je ..asyik asyik simposium langsung masuk muzium.kenyataannya hizbullah dan iran terus membanggakan golongan tertindas seluru dunia dan menakutkan ameika syaitan akbar dan zionis al dajalun..ada faham ka
Post a Comment