Tuesday, June 21, 2011

Ukhuwah Tanpa Mengira Batas Agama, Negara & Kaum

Majikan bangga, amah terima diploma


SARMINI diapit oleh Choo Tang (kanan) dan Phooi Khuan melihat sijil Diploma Pengurusan yang diterimanya pada Konvokesyen ke-10 OUM di Kuala Lumpur semalam.

KL 21 Juu 11: Inilah rasa ukhuwaah yang sepatutnya disemaikan kepada warga Malaysia tanpa mengira batas agama, negara dan kaum. Perasaan bangga dan terharu terpancar pada wajah pasangan majikan ketika pembantu rumah mereka, Sarmini Muhyadi menerima tepukan paling gemuruh ketika menaiki pentas untuk mendapatkan diploma dalam bidang pengurusan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ke-10 semalam.

Tan Choo Tang, 56, dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, telah membiayai sebahagian besar kos pengajian Sarmini, 28, yang bekerja dengan mereka sejak tujuh tahun lepas, selepas pembantu rumah itu menyatakan hasratnya untuk kembali ke Indonesia bagi melanjutkan pengajiannya pada 2007.

Choo Tang yang bertugas sebagai pensyarah sebuah kolej swasta, bagaimanapun telah memujuk Sarmini untuk terus bekerja dengannya sebagai pembantu rumah sambil melanjutkan pelajarannya di sini dengan bantuan Choo Tang, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga mencarikan institusi pengajian tinggi yang sesuai.

Sarmini dari Kampung Bayunmas, Jawa Tengah walaupun terpaksa menjalani pengajian separuh masa sambil bekerja sebagai pembantu rumah selama empat tahun, telah berjaya memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39.

Choo Tang berkata: "Ketika nama Sarmini diumum pada majlis konvoksyen semalam, beliau menerima tepukan paling gemuruh dan ia membuatkan kami sangat bangga dan terharu dengan kejayaannya."

Sarmini yang akan pulang ke Indonesia pada 3 Julai ini menyatakan rasa terhutang budi kepada majikannya yang telah membantu dia mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi.

"Saya sangat berterima kasih tak terhitung nilainya, senang sekali mendapat kesempatan untuk belajar di sini sekali gus bekerja... mungkin saya yang pertama bernasib baik," katanya.

Dia yang terharu mengenang kebaikan majikannya itu berkata: "Keluarga majikan turut membantu saya membuat tugasan, terutama untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan universiti serta membantu saya menguasai bahasa Inggeris."

Itulah ajaran Nabi orang Islam Muhammad SAW. Bukan membedakan negara hingga berkahwin sesama agama (tetapi lain negara: Malaysia & Lombok) pun dikecam habius-habisan. (IH)

No comments:

Post a Comment