Malaysiakini: Wanita dirantai dan ditanda: NGO hak asasi berang
Wanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.
Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.
Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.
Akhbar Cina juga memaparkan gambar-gambar wanita yang dirantai dalam kumpulan itu dan kemudiannya mereka ditandakan dengan pelbagai simbol, termasuk X di dahi seorang daripada wanita itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.
“Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu,” katanya ketika dihubungi.
Pengarah Tenaganita Irene Fernandez pula melahirkan rasa terkejut berhubung gambar wanita dirantai dan ditanda.
Katanya tidak adil bagi mengandaikan semua mereka itu bersalah.
“Saya sangsi ini prosedur yang biasa dan jika ia adalah prosedurnya maka polis mesti mendedahkannya. Mesti dijalankan siasatan berhubung perkara ini dan polis mesti jelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.
“Mereka mungkin mangsa pemerdagangan manusia... jika ini benar mereka adalah mangsa,” katanya.
Peguam bagi 'Lawyers for Liberty's Faidah Nadwa Fikri berkata tindakan merantai dan menanda wanita itu sebagai 'luarbiasa dan tidak berperi-kemanusiaan'.
Tegasnya wanita itu cuma adalah suspek dan belum didapati bersalah atas sebarang jenayah lagi.
“Ini masalah budaya kita, masalah kerana kita tidak memahami apa itu peraturan undang-undang.
“Saya lihat apabila seseorang ditangkap dan dibawa ke mahkamah, sesetengah mereka juga tidak memakai selipar... ini menunjukkan betapa buruk pihak berkuasa melayan mereka dan ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.
bodoh bangang punya grup, kalau rakyat sendiri yang kena rantai setiap kali ada operasi tak der lak nbak bising, kalau rakyat asing yang kena bising, banganp dan bodoh punya lawyer, irene lembu..
ReplyDeletekalau PAS memerintah meke tak rantai pelacur ni, meke simpan dalam rumah tunggu anwar ibrahim langgan. kaya ooo!!!
ReplyDeleteTime masuk ke Malaysia tak de pula nak ikut SOP...
ReplyDeleteTahniah!! Blog Ibnu Hasyim telah mendapat tempat dari kalangan upahan UMNO.
ReplyDeleteSimpan2 sikit marah+maki kawan2 PR tu wahai sahabat2 umno, mula2 sindir maki2.. takut2 nanti tersuka dan terjoin PR hehe, insya Allah tak lama lagi bersama perjuangan Islam hehe...
ReplyDelete