Tuesday, June 28, 2011

Wanita Rambut Mohican Bulu Landak, Pilih Islam.

I'sha, Si Wanita Punk Yang Jadi Mualaf
Keluarga I'sha keberatan jika I'sha memeluk Islam dan mengenakan niqab.

LONDoN 27 Jun 11: I'SHA, dulunya adalah seorang punk. Dia memakai pakaian potongan gemilang terbilang yang 'memalukan'. Potongan rambut Mohican yang mirip landak. Adiknya pula secara terbuka memproklamirkan diri sebagai seorang lesbian.

Kepada keluarga, teman dan rakan, dia menyatakan telah memeluk Islam. I'Sha menyebut dirinya tetap tidak berubah.

"Saya cuba yakinkan mereka, bahawa saya masih ber'lidah panjang dari utara seperti dulu'. Tetapi, menjadi seorang Muslim itu tidak dilihat sebagai sesuatu yang 'cool'.

''Ketika orang melihat kamu berkulit putih dan orang Inggeris, maka mereka benar-benar berperilaku kasar terhadap anda. Kerana, mereka fikir kamu telah kembali pada cara hidup mereka,'' tambah I'sha.

Menyorot kisah lamanya..

"Ketika pertama kali memberitahu orangtua, saya menjadi seorang Muslim, mereka tidak mahu orang tahu. Apakah itu keluarga atau tetangga,'' kata I'Sha (40) yang masuk Islam sejak empat tahun lalu. ''Mereka tidak dapat faham keputusan saya."

Lingkungan kini menentang I'Sha yang telah memutuskan untuk masuk Islam. ''Orang-orang di mana saya dibesarkan kini berbalik melawan. Mereka tidak ingin anak-anak mereka bersama dengan anak-anak saya. Mereka menilai saya sudah gila.''

Seperti ramai orang, agama tidak tumbuh dalam kehidupan sehari-hari. Jika I'Sha pulang dari sekolah dan bercakap tentang Tuhan, ayah selalu akan mengatakan,''sekarang, hanya ada satu Tuhan di sini dan itu saya.''

I'sha, adalah seorang pekerja perempuan pendukung di Masjid London Timur, berasal dari Newcastle. Dia adalah salah satu dari 100,000 orang Inggeris yang kini telah masuk Islam. Menurut hasil studi Faith Matters oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea, sebanyak 5,200 warga Inggeris tahun lalu telah memilih Islam.

Pengalaman I'sha agak luar biasa. Majoriti umum Inggeris masih memandang Islam, agama terbesar kedua di Inggeris, sebagai sebuah keyakinan yang aneh dan asing. Tetapi, I'sha tidak berfikir begitu. "Saya ras,a seperti sudah pulang," katanya. "Melalui Islam, saya telah temukan jawaban atas segala pertanyaan saya . Saya telah temukan kedamaian yang sejati."

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tulisan ini adalah tulisan Lucy Osborne yang dikirimkan ke The Times menganalisis mengenai peningkatan jumlah perempuan Inggeris yang memeluk Islam. Jumlahnya meningkat dua kali ganda dalam 10 tahun dan hampir 2/3 adalah perempuan. Lucy Osborne, jurnalis bebas (freelance), penulis ficer, turut menyelidik mengapa hal ini terjadi. Antara yang diinterbiewnya ialah I'sha.

Keluarga I'sha amat tidak menyetujui pilihan I'sha itu, apalagi bila dalam kehidupan hariannya beliau memakai hijab atau niqab yang hanya memperlihatkan kedua bola mata birunya. Apakah trend keIslaman ini akan terus merebak dan akan menjalar ke seluruh dunia? Sebenarnya manusia-manusia tidak perlu bimbang, kerana kembali kepada agama adalah kembali kepada ke'fitrah'an. Islam agama pembebasan dan perdamaian. (IH/Sumber: www.thetimes.co.uk)

Lihat kisah sebelum ini...

No comments:

Post a Comment