Saturday, July 09, 2011

Babak BERSIH Bermula, Presiden PAS Beri Amaran..


21 ditangkap, ribuan kini di Masjid Negara
(Lihat Galeri Foto ini...)
GALERI FOTO

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

Amaran Presiden PAS

Sementa ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, melalui Facebooknya pagi ini.mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan.

Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan, ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan. Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN.

Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara. Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung jam 2 hingga 4 petang ini di Stadium Merdeka namun pihak stadium serta polis tidak memberikan permit atau kebenaran.

Padahal, sebelum pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan agar perhimpunan ini diadakan di stadium dan berjanji akan menguruskan penggunaannya. Namun, selepas mesyuarat kabinet dan selepas Agung dan Bersih bersetuju agar ianya dipindahkan ke stadium, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan kabinet menolak penggunaan stadium di Kuala Lumpur.

"Ingatlah sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam ini ibarat aliran air yang ditahan, semakin ditahan, semakin dihalang ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.

"Lumrah alam juga telah menetapkan bahawa suatu masa dan ketikanya benteng pasti akan pecah, ketika itu maka terbuak buaklah aliran air tersebut membanjiri pelusuk muka bumi. Yakin lah!" ingat Presiden PAS itu kepada pemimpin negara. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails