KL 7 Julai 11: BANK Islam yang mencatatkan prestasi kewangan dan perkembangan memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun lalu merancang membuka 32 cawangan baru yang menjadikan 150 cawangannya menjelang 2014, mencatat keuntungan begitu tinggi.
Tetapi seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.
Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..
Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...
Tetapi seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.
Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..
“Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan. Di balai polis … .…., Selangor dan kes itu diambil oleh inspektor …… dari balai polis Batu Gajah (di Balai Polis Tanjung Malim). Mungkin kerana akaun Bank Islam tersebut di buka di Bank Islam cawangan Tanjung Malim. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Selepas itu, inspektor tersebut ada menyoalsoasiasat ibu saya dan pihak bank telah menghantar surat kepada semua bank di lokasi atm terbabit memohon untuk melihat cctv di permis berkenaan.
Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.
Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.
Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.
Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.
Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”
Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu?
Masing-masing pihak bank dan pihak polis lepas tangan. Jadi siapa bertanggung jawab? Bagaimana hak penyimpan wang tiada jaminan dari bank? (IH)Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...
- Sunday, August 16, 2009 Bank Islam Terus Pekak, 3 Pegawai Polis Bukit Aman Datang Siasat..
- Thursday, November 19, 2009 Polis & Bank Islam, Tolonglah, Apakah Perlu Mengadu Pada Menteri?
- Thursday, August 27, 2009 Bank Islam Tg Malim Masih Pekak Kepada Pengguna..
- Sunday, August 16, 2009 Simpan Duit Dalam Bank Islam, Lesap. Bank Lepas Tangan.
1. Lantik peguam & penyiasat persendirian.
ReplyDelete2. Adu kepada SUHAKAM & Kementerian Hal Ehwal Pengguna.
Terima kasih tuan.
ReplyDeletekawan saya trkena juga.
ReplyDeletearwah suami sy pn pnah kena gak..arwah degil bila sy kata jgn guna bnk tu..kerana byk dgr komplen kkwan..sudahnya service hampeih emang haranjadah mcn komen blog ni..
ReplyDeletenama je bank islam....tp pngurusan x islamic pn...Tp negara ARAB xde plak bank islam....
ReplyDeletemungkin sabotaj oleh agen2 illuminati utk burukkan bank islam.
ReplyDeleteBank islam memang tak islamic hanya guna nama islam saja. Ambil untung lebih dari sepatutnya.Tidak menolong orang islam.
ReplyDeleteDual glc atau anak syarikat2 yang ada masaalah itu pekara biasa. Hang beli porche atau merc dan tak manpu bayar. Jual lah tak kan nak minta mak bapa utk bayar. Dah tak manpu tu jual. Perjawat awam dah dekat 1.5 juta. Gaji and pension dah depat 40b. Hutang negara dah sampai 1T. Indonesia pendudok depat 300 juta penjawat awan kurang dari kita. Ada hak mereka tak bolih takbir negara.
ReplyDeleteBajet 2023 defisit 100b.Nak cari mana. Disember ni minyak akan turun ke paras usd55 dari usd85 satu tong. Amerika dan europe control 95 persen insurance kapal pembawa minyak. Jika tak jual atau beli minyak dgn harga yg di tetap mereka. Tak ada syahrikat insurance us dan europe tak di benar memberi insurance. Mereka mahu tengok invois. Ini termasuk negara kita. Amerika ada stratigic petroleum reserve lebih 700m berrel. Dengan kegunaan mereka mereka bolih hidup 5 tahun tanpa korek atau beli minyak dari luar. Mereka mahu harga turun utk dunia supaya dunia tak recession.mana nak dapatduit kalau tak buat vat.