Wednesday, July 27, 2011

Bukti Kelemahan SPR. 500 Pengundi Bertindih -PAS

KL 27 Jul 11: PAS mendakwa mempunyai bukti wujudnya 500 senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih akibat kelemahan sistem yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan pertindihan pengundi yang lengkap dengan nama dan nombor kad pengenalan.

"Kita juga sudah bertemu dengan pengundi terbabit, malah mereka mengakui nama mereka tersenarai untuk mengundi lebih dari satu kawasan.

"Kita turut meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara ini dan mereka mengakui kewujudan pengundian berganda seperti yang ditemui PAS Selangor," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Menurut Husam, beliau berjanji lebih ramai lagi nama pengundi berdaftar yang bertindih akan dibongkar selepas ini.

"Jumlah ini hanyalah permulaan... kita akan dedahkan lebih banyak lagi pada mesyuarat pimpinan PAS pada 7 Ogos depan," katanya.

Sehubungan itu, Husam berkata, pihaknya menolak perlaksanaan sistem biometrik yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, sistem biometrik tidak dapat menangani masalah pertindihan pengundi malah membenarkan penyelewengan yang berlaku sekarang.

Beliau turut mempertikaikan tindakan Perdana Menteri yang sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk melaksanakan sistem itu berbanding menggunakan dakwat kekal bagi mengatasi isu tersebut.

"Siapa dalang di sebalik konspirasi ini? Saya lihat perlaksanaan sistem biometrik merupakan satu cubaan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan penguasaan mereka pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Mereka semakin terdesak. Mereka hanya bergantung kepada pertindihan pengundi menerusi kaedah sistem biometrik sebagai talian hayat," ujarnya.

Jelasnya, PAS tetap menganggap penggunaan dakwat hitam sebagai relevan. Beliau turut menggesa SPR, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) supaya melakukan siasatan ke atas perkara itu bagi membersihkan sistem daftar pemilih yang digunapakai sekarang.

"Kita hanya siasat untuk buktikan wujud penipuan tetapi SPR perlu menyiasat dengan lebih mendalam masalah itu. Kalau kita boleh kesan apatah lagi SPR," katanya. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

cadangan . pas buat satu laman khas utk kelemahan pilihanraya. nama apa pun tak pa. dalam dalam tu buat bahagian - bahagian contoh; kelemahan undang-undang, undi berganda dalam dun, berganda antara dun, berbilang kp,oranag mati tersenarai pengundi, kes warga asing ada kp, pemindahan pengundi antara negeri, mengundi di dua negeri bersempadan dan sebagainya. lepasnya semua geng pakatan pakat sumbang maklumat. sekarang ini nampak tak tersusun dan tak pro. buat kena benar-benar jangan lepas batuk ditangga. kalu buat macam ni baru spr dan amporno takut. satu lagi paksa spr dilepaskan dari jabatan perdana menteri. letak bawah parlimen ke agong ke. kalau tidak dia akan diresapi penjahat-penjahat itu macam sekarang.

Belajar Forex said...

kenapa pihaknya menolak perlaksanaan sistem biometrik yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails