Sunday, July 17, 2011
Dedahkan Siapa Tangan Yahudi Dibalik Hak Asasi?
KL 17 Jul 11: Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor dicabar supaya dedahkan siapa tangan ghaib di belakang isu hak asasi manusia seperti yang diperjuangkan oleh bersih 2.0 kini?
Hal ini berikutan kenyataan beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.
"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.
"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.
Berdasarkan pengamatan dan bacaannya, kata Rahim, istilah hak asasi manusia sebenarnya lahir dari Ghetto of the Jews, di mana bangsa Yahudi mengalami tekanan, penindasan oleh pelbagai kuasa besar untuk beratus tahun lamanya sehingga tertubuhnya negara Israel.
"Ya, sila dedahkan seperti pendedahan yang pernah dibuat mengenai APCO Worldwide yang diambil khidmatnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberikan perkhidmatan yang sama kepada diktator-diktator dan pemimpin-pemimpin korup di seluruh dunia." Kata seorang pembaca laman Malaysiakini, kepada Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi.
Rahim Noor percaya ada sesuatu "yang kita tidak nampak di peringkat antarabangsa" bertujuan mahu menentukan survival Yahudi dalam memastikan 'the promise land' yang disebut dalam kitab-kitab dalam pegangan mereka. Kumpulan tanpa wajah ini, menurut beliau, bergerak di mana-mana dan "bagi saya AS kini menjadi Israel terbesar di dunia."
"Manakala tangan tersembunyi mencari mana-mana individu yang boleh dijadikan puppet (boneka), mereka boleh berpangkalan di mana-mana baik di Washington, Paris, Jakarta atau di mana saja.
"Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang faceless dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit."
Kata pembaca laman Malaysiakini itu lagi, "Sila buat pendedahan segera, supaya orang tidak menuduh PM dan kuncu-kuncunya yang terlibat, termasuk isterinya yang banyak wang dan berbelanja besar.... macam sang kancil berak gajah!"(IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kahkahkahkahkah
Post a Comment