Tuesday, July 12, 2011

Dokumen Terbaru Hitler, Patung Seks Nazi, Mengapa?


LONDON: Adolf Hitler pernah mengarahkan anak patung seks ciptaan Jerman dibekalkan kepada tentera Nazi selepas kebanyakan tenteranya menghidap penyakit kelamin.

Dokumen terbaru menunjukkan, penyakit kelamin di kalangan tentera Nazi sangat serius kerana mereka selalu berfoya-foya ketika bertugas di Paris. Masalah itu dikatakan begitu serius sehingga mereka gagal menjalankan tugas di medang perang.

Pegawai kanan Hitler, Heinrich Himmler, pernah berkata bahaya terbesar bagi Jerman di Paris ialah penularan penyakit kelamin daripada pelacur. “Menjadi tugas kita menghalang tentera daripada membahayakan kesihatan mereka,” katanya.

Hitler dilaporkan mengarahkan penghantaran anak patung berbentuk wanita berambut perang dan bermata biru itu untuk diedarkan kepada tenteranya. Saiz anak patung itu sengaja direka kecil supaya muat disimpan dalam beg sandang.

Bagaimanapun, pada 1942, tentera Jerman enggan membawa bersama mereka anak patung itu kerana bimbang akan ditertawakan jika ditangkap tentera Britain. - Menurut TS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diberitakan juga, bagi ketua pasukan khas SS Jerman, Heinrich Himmler, apa yang paling mengerikan ketika pasukannya memasuki Paris bukanlah dentuman bom mahupun desingan peluru dari pasukan musuh, melainkan banyaknya pelacur yang bertebaran dimana-mana dalam jumlah yang tidak terkawal.

Situasi ini mendorong ilmuwan Nazi menciptakan "pemuas sintetik" untuk diberkan kepada para tentara mereka di Paris yang dikhuatirkan akan "jajan" sembarangan. Penggunaan patung yang memiliki rambut perang dan mata biru ini disetujui langsung oleh Hitler sendiri. Ukurannya cukup kecil untuk dimasukan ke dalam beg sandang.

Penulis Graeme Donald menemukan fakta projek khusus Hitler ini ketika dirinya sedang mencari data-data sejarah patung Barbie, yang ternyata terinpirasi dari projek patung seks Jerman, atau disebut juga "Borghild Project". Himmler sendiri sangat terkesan oleh produk baru ini dan memesan 50 unit untuk pasukannya.

Namun pada tahun 1942, fasiliti ini ditolak oleh pasukan Jerman sendiri. Bagi mereka, ditangkap dan ditahan oleh pasukan Inggeris adalah sebuah resiko yang dapat diterima, namun kalau di tangkap kemudian ke"gep" membawa patung ini di beg sandang, mereka merasa tak cukup kuat menanggung rasa malunya. Menurut Donald, kilang pembuat patung ini hancur ketika terjadi peristiwa pemboman di Dresden.

Kerana itu, Islam bentangkan benteng penyelesaian dengan mengharamkan zina dan membenarkan berkahwin yang sesuai untuk suasana perang.. (IH)

Lihat lagi kisah-kisah Hiler...

E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia
E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails