Tuesday, July 19, 2011

Dr Mujahid Lontar Idea Baru 'Stigma Agama'.. PAS?

Catatan Perjalanan bersama Dr Mujahid, Medan 1..
Antara perwakilan dari Malaysia: 1 dari kiri Drs Mohd Rashidi Deraman, tengah Dr Mujahid, seterusnya ke kanan Ibnu Hasyim, Prf Dato' Dr Jamil Osman dan Sdr Ramli.

Dr Mujahid sewaktu mempengerusikan majlis SEA Council Of Intereligios Networking For Peace.
Antara yang turut hadir mesyuarat SEA Council Of Intereligios Networking For Peace.

AWAL Julai ini, saya dijemput bersama-sama Dr Mujahid Hj Yusuf Rawa dan rombongan pergi ke Medan, atas jemputan Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, dipimpin oleh Syarin Harahap. Dr Mujahid adalah Pengerusi SEA Council Of Intereligios Networking For Peace dan juga Ahli Parlimen Malaysia.

Dr Mujahid dijemput membentangkan kertas-kerja bertajuk 'Mengadvokasi Umat Beragama Dari Stigma Yang Menyudutkan Agama dan Penganutnya'. Pada saya Dr Mujahid membentangkan idea baru, walaupun sebenarnya idea lama yang diperbaharui mengikut acuan dan kesesuaian South East Asia dalam mengundang perdamaian se rantau. Saya juga dilantik sebagai modirator dalam forum tersebut.

Saya rasa elok saya paparkan pemikiran beliau yang dituangkan di majlis tersebut. Mengenai stigma agama atau tanda buruk (A mark or token of infamy, disgrace, or reproech) menurut beliau 'ada semacam satu konflik antara peranan agama yang sebenarnya dan apa yang difahami sehingga melahirkan satu stigma.' Sehingga kehidupan hari ini tidak melihat agama sebagai utama dalam membentuk perjalanan hidup di dunia.

Menurut beliau, antara stigma tersebut ialah..

1. Agama tersudut kepada aspek ritual dan tidak boleh menjangkau peranan panduan kehidupan yang lebih besar.

2. Penghayatan agama hanya untuk orang tertentu yang sifatnya eksklusif (agamawan) manakala urusan dunia diberikan kepada golongan bukan agamawan. Berlaku dikotomi antara agamawan dan bukan agamawan.

3. Agama hanya akan membawa kehidupan manusia memutar ke belakang, kerana ia bersifat primitif dan tidak progressif.

4. Agama menjadi semakin rumit kerana nilai singular trust (Kebenaran tunggal) yang menjadi ciri utamanya, sedangkan plurality (kepelbagaian) yang ada menuntut kesefahaman. Oleh itu kerumitan ini dilihat penghalang kepada peranan agama yang lebih besar dalam kehidupan duniawi agama.

5. Agama adalah pegangan peribadi dan ia idak boleh dicampuraduk dengan kehidupan yang lebih besar dari sudut sosial. ekonomi dan politik.

Punca wujudnya ialah kerana...

1. Fahaman Liberal yang cuba membebaskan diri dari 'kongkongan beragama', yang dianggap punca kepada kejumudan. Fahaman Neo-liberal hari ini, mencetuskan peninggalan agama dalam kehidupan di atas tanggapan bahawa punca kepada kehurharaan adalah kerana agama.

2. Fahaman Sekular yang memisahkan politik dan agama sehingga ia memberi kesan kepada dasar-dasar dan undang-undang yang tidak menjadikan agama sebagai panduannya.

3. Fahaman Materi yang mencari kepuasan duniawi dengan berseronok dan mengecapi segala kenikmatan dunia sebagai lebih utama dari segi dosa ataupun pahala sesuatu perbuatan.

4. Fahaman Atheism yang menolak kehidupan beragama dan tidak mengimani apa-apa nilai agama secara total.

Jadi apa pandangan beliau dalam advokasi (to speak, plead, or argue in faver of) iaitu untuk memperkatakan, merayu atau mendebatkan sesuatu yang diperjuangkan. Saranan beliau ialah..

1. Melihat kepada kerangka dan struktur perlembagaan supaya advokasi ini diadaptasikan dengan suasana dan realiti yang dihadapi.

2. Memperakui Plurality dan menolak Pluralism.

3. Memupuk nilai-nilai manusiawi yang dikongsi bersama sebagai usaha kolektif, manakala nilai eksklusif agama tertentu dihormati.

4. Mewujudkan ruang persefahaman antara agama menjadi satu suara yang meletakkan perjuangan bersama tentang kepentingan agama dalam kehidupan manusia.

Akhirnya harapan beliau, supaya stigma agama dapat dibuang dari fahaman dan persepsi yang menyudutkan agama dari penganutnya. Harapan lebih besar ialah agama menjadi functional dalam kehidupan manusia dan dapat berperanan sebagaimana sepatutnya.

Selepas pulang dari Medan, saya sempat membuat pertemuan dan membincangkan hal ini melalui Grup Universiti Ulu Klang dan merumuskan baik buruknya penyertaan Dr Mujahid selaku Pengerusi SEA Council Of Intereligios Networking For Peace peringkat AsiaPasifik bagi gerakan Islam di Malaysia.

Kesimpulannya,

Kesan baik...
  • Pemimpin Islam dari PAS dapat kepercayaan dari pelbagai agama seperti Kristian, Buddha, Hindu, dan ajaran Kungfusius untuk mengetuai mereka dan sama-sama menghidupi Kerukunan Beragama (Wasber). Ianya perlu disambut dengan pembuktian perlaksanaan.
  • Peluang dakwah dan mengatakan pendirian kepada luar Islam.
Kesan tidak baik..
  • Perlukan pengorbanan bagi menerangkan fahaman ini supaya tidak dikelirukan, yang mungkin juga akan dihalang oleh kalangan dari orang Islam atau PAS sendiri.
Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan bincangkan beberapa kertas kerja lagi seperti yang dari Indonesia sendiri, Prof Dr Qasim Matar MA (UIN Makassar), Prof Dr Syahrin Harahap MA (Ketua FKUB) Medan, Pdt Dr Eric Johnson Barus (Kebanjahe Indinesia -Kristian), Drs Harkiman Racheman MA (Buddha), Dr H Maratua Simanjuntak (Ketua FKUB Sumatera Utara), Panindita Ir S Annadore (Hindu), Ir Djohan Adjuan & Pastor Yohanes Barualamsyah, OSC.

Wassalam.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 19 Jul 11.

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails