Tuesday, July 12, 2011

Fatwa Cicak Tokek Haram, Sama Dg H/Bersih 2.0?



Cicak Tokek kononnya, mendapat permintaan yang tinggi di pasaran

PETALING JAYA 12 Jul11: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya.

YouTube - tokek besar 411‏

3 min - 28 Jul 2010 - Uploaded by davozioso
davozioso@gmail.com phone number wit country code please.
www.youtube.com/watch?v=-iJ5hMnL5rQ

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, bagus. Keluar fatwa tenang cicak tokek. Tapi lambat. Ramai dah niaga dan papa kedana baru keluar fatwa. Kalau ibarat rumah terbakar, dah hangus baru keluar arahan. Belum buat lagi...

Tapi kalau pergi demo BERSIH 2.0, cepat-cepat keluar fatwa 'haram'. Tak sempat-sempat, keluar arahan melalui khutbah Jumaat, dan institusi agama. Itulah ulama mengikut telunjuk kaki pemimpin politik! (IH)

Mengenai cicak tokek...

No comments:

Post a Comment