HALAMAN HIBURAN
TUNIS 13 Jul 11: Enam bulan setelah pergolakan Tunisia berlalu, ketegangan agama meningkat melampaui batas-batas kebebasan, semasa Muslim menentang dominasi liberal yang pernah menjadi benteng sekulerisme Arab.
Minggu lalu, puluhan lelaki menyerang sebuah pawagam di Tunis yang menayang sebuah filem bahasa Perancis, “Ni Dieu, ni Maitre (No God, No Master) disutradara oleh Nadia El-Fani. Nadia adalah pengkritik kuat pemimpin politik Islam. Polis kemudian menangkap 26 orang. Para anggota Salafi, berkumpul di depan bangunan Kementerian Kehakiman dua hari, kemudian untuk menuntut pembebasan mereka.
Pasukan keamanan dikerahkan di pusat Tunis untuk menghentikan protes yang dilakukan lepas Sholat Jumaat. Media sekuler memperingatkan mengenai kebebasan di Tunisia.. Memperingatkan, 'benteng sekulerisme 23 tahun di bawah kekuasaan Zine al-Abidine Ben Ali', kini berada dalam bahaya.. akan hilang jika ummat Islam di seluruh spektrum ahli politik Islam tidak berhenti.
“Ini adalah pendahuluan dari apa yang menunggu kita jika tindakan tegas tidak diambil terhadap murid dari ‘ahli sihir’.. Kerana jika tidak dihentikan, mereka akan menyerang hotel, kelab malam atau orang biasa yang duduk di restoran,” tulis Taieb Zahar dalam media bulanan berbahasa Perancis, Realites.
Abdelmajid Habibi, pemimpin Partai Salafi Tahrir mengatakan polis sebagai dalang dari pementasan serangan pawagam. Beliau juga mengatakan, komuniti seni mencuba untuk memprovokasi Salafi.
“Negara tidak perlu ditunjukkan filem seperti ini atau dengan nama lainnya, terutama dalam situasi Tunisia kini. Ini adalah usaha sengaja untuk memprovokasi orang ramai” ujarnya.
Beliau juga mengatakan meskipun helah pemerintah sejak merdeka dari Perancis, secara agresif mempromosikan emansipasi wanita, larangan poligami, mengecilkan penggunaan hijab-Islam konservatif.. sangat kuat di Tunisia.
“Ya, rakyat Tunisia tidak hidup dengan cara Islam, namun mereka bukan masyarakat sekuler. Masyarakat, bukan mereka yang muncul di tv (talkshows). Mereka tidak popular, mereka minoriti di antara Tunisia,” ujar Habibi.
“Hampir semua adalah Muslim. Mentaliti rakyat adalah Islam,” ujarnya menambahkan bahawa mereka adalah “korban dari sebuah sistem agen kolonialisme”.
Sementara pemimpin Arab seperti Ben Ali dan Hosni Mubarak yang dipaksa turun oleh rakyat, cuba untuk menutup pasukan Islam keluar dari kancah politik. Dokumentari Fani, yang menyeru untuk melindungi sekulerisme pasca Ben Ali, “seperti sebuah deklarasi perang dan orang ramai ingin mengatakan bahawa mereka menentang itu,’ tambah Habibi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia pun, puak-puak penentang pakatan bersama Parti Islam (PAS) menggunakan 'Filem Seks Anwar (kononnya)' untuk memancing rakyat membenci Pakatan Rakyat (PR). (IH)
No comments:
Post a Comment