Monday, July 25, 2011

Konsert Gegaria Meletup! Beda Hiburan Bawah UMNO-PAS

Artis sensasi pukau penonton

HALAMAN HIBURAN

JOHOR BAHRU: myMetro hari ini melaporkan, kehadiran barisan artis sensasi tanah air malam kelmarin pada Konsert Gegaria (gambar di atas) menyemarakkan lagi Karnival Gegaria Harian Metro di pekarangan Padang A, Plaza Angsana di sini, berakhir semalam.

Seawal jam 8.30 malam, perkarangan Padang A dipenuhi ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang memberikan sokongan padu kepada artis pujaan mereka. Lebih menarik, keletah dua pengacara, Zizan Raja Lawak serta Ifa Raziah, mencuit hati pengunjung yang teruja menyaksikan persembahan pada malam itu.

Tidak kurang kemunculan barisan artis ternama seperti Alyah, Hattan, Adam Af2, Misha Omar, Ery Putra serta kumpulan Jinbara yang memberikan persembahan bertenaga sepanjang kira-kira tiga jam konsert berlangsung.

Malah, setiap artis yang mendendangkan antara tiga hingga empat lagu masih tidak cukup memuaskan hati pengunjung. Betapa tidak, konsert yang dijadualkan berakhir jam 11.30 malam terpaksa dilanjutkan hingga jam 12.30 tengah malam berikutan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Lebih gamat, persembahan bertenaga kumpulan Jinbara mendendangkan tiga lagu antaranya Farhana, Kasihnya Laila serta Cinta Pantai Merdeka pada penutup konsert memukau penonton dengan sebahagian besar mereka bangun sambil mendendangkan lagu sama.

Kesan kepada pelajar.

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Shah Alam, Selangor, Nur Zahirah Anuar, 23, berkata dia teruja menyaksikan persembahan artis kesayangan, Alyah, menyampaikan lagu Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerna Sayang.

“Saya datang dari Shah Alam bersama seorang rakan Jumaat lalu semata-mata mahu menyaksikan Alyah membuat persembahan.

“Saya puas hati kerana hasrat bertemu Alyah tercapai dan lebih bermakna, kami sempat merakamkan gambar sebagai kenangan,” katanya.

Lihat pula Program ini

Program karnival SPIES bersama MES peringkat DUN SELAT KLANG di isi dengan ceramah penerangan oleh EXCO -EXCO KERAJAAN SELANGOR.

Ustaz Akil Hayy menjadi penyeri majlis di samping sindirian tajamnya mengenai isu semasa disamping persembahan lagu-lagunya. Beliau turut meluahkan kekesalannya nasib artis -artis yang mahu berhijrah tetapi perlu melalui pelbagai ujian dan sumbangan mereka diluntur dengan aktiviti negatif budaya kuning sinonim dengan acara hiburan anjuranUMNO-BN.

Berita dari kerajaan PAS Kelantan.

Kota Bharu, sebelum ini orang ramai tidak pernah disajikan dengan program hiburan berkonsep Islam, sehingga generasi muda lebih terdedah kepada hiburan diimport dari barat. Kesannya budaya hiburan dimanifestasikan dalam kehidupan rakyat Malaysia lebih terarah kepada unsur-unsur negetif.

Menyedari kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu berusaha merintis hiburan berkonsep Islam untuk dihidangkan kepada rakyat. Pelbagai usaha dilakukan bagi melahirkan hiburan berkonsep baru yang lebih mementingkan nilai timur dan agama. Kini program itu mulai subur dan berupaya menarik minat generasi muda. Persembahan diadakan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998, di antara kriterianya mengasingkan penonton lain jantina dan artis perempuan tidak dibenarkan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan Kelantan berusaha membawa perubahan dengan memperkenalkan hiburan berkonsep Islam. ”Ini untuk memastikan rakyat sentiasa mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen. Program-program hiburan berbentuk Islam sudah acap kali diadakan di sini."

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebagai seorang yang beriman, atau manusia yang bertamaddun, tuan-tuan fikir sendirlah, hiburan bagaimana yang dapat membawa anda kepada kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Pilihlah, hiburan ala PAS (Islam) atau hiburan ala jahiliah yang tidak bertamaddun di bawah pimpinan UMNO... Lihat lagi pandangan-pandangan di bawah ini, sebagai penjelasan..

Jadi, jelas konsert-konsert hiburan di bawah tadbira di bawah UMNI/BH meletup, hancurkan generasi muda!! (IH)

No comments:

Post a Comment