PENYANYI yang terkenal Lady Gaga dianggap pendokong budaya gay dan lesbian apabila dia dengan lantang bersuara memihak golongan itu dalam satu kenyataannya di Australia baru-baru ini. Bukan sahaja menyokong budaya homoseksual Lady Gaga turut mengaku bahawa dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Namun, dia cepat sedar bahawa pengambilan dadah tidak baik untuk tubuhnya. Lady Gaga lantas memberi nasihat kepada peminatnya agar menjauhi dadah. Biarpun terkenal dengan gaya hidup tanpa pedoman, kali ini kata-kata Lady Gaga harus diikuti peminatnya.
"Kepada peminat saya, jangan sesekali menyentuh dadah kerana ia adalah syaitan. "Pada saat ini saya rasa seperti kesepian dan ubat-ubatan ini membuatkan saya rasa seperti berteman. Tetapi saya menyesal kerana mengambil dadah," kata pelantun lagu Born This Way itu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam UMNO/BN yang larang rakyat terlibat dadah, tetapi galakkan penyebaran arak (induk kepada dadah kerana dadah sebahagian dari arak), termasuk jual, dan bebas cukai import arak. Lihat Arak & Judi: UMNO Kena Belajar Dari Liow Tiong Lai... (IH)
Lihat sebelum ini..
- Lady Gaga Nasihat Jangan Amal Seks Bebas. He he he.
- K/Video Lady Gaga US$9.8J, Hina Kristian Pula?
- Lady Gaga, Kecoh Mengenai Susunya...
- Lady Gaga: Haramkan Lagu & Budayanya Masuk M'sia
- Dokumen Sulit AS Dicuri Hanya Dengan CD Lady Gaga..
- 9 Juta Pengikut Twitter Lady Gaga Yang Kreatif.
- Lady Gaga, Siapa Peralatnya?
- P'cis: Bantah Lanjut Bersara Libat Konsert Lady Gaga
No comments:
Post a Comment