Sunday, July 10, 2011

Majlis Solat Jenazah Mangsa Keganasan BN

(Keluarga terdekat Baharudin memberikan penghormatan terakhir)

KL, 10 Julai 11: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

(Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam)

(Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir)

(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)

(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)


(Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di surau untuk solat jenazah)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Itu antara mangsa 'keganasan' BN melalui kegiatan BERSIH 2.0.

3 comments:

toyolkiut said...

klau blh d kata..
ia ibarat peristiwa memali..

mereka yg d beri kuasa utk jaga keamanan,
sbnr nya pnyebab tcetus nya huru hara..

aneh kn.. hal gini x pulak nk d hebohkn.

toyolkiut said...

al-fatihah buat arwah dan salam takziah utk keluarga allahyarham.
amin.

AISHAH JOHAR said...

al-fatihah huat keluarga mangsa. jihad beliau semestinya mendapat ganjaran di sisi ALLAH SWT. setiap perbuatan UMNO akan dituntut di hadapan ALLAH SWT. takbir!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails