Friday, July 22, 2011

Minuman Malta Barbican Bukan Arak


AIR minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican kini boleh diminum umat Islam.


KL 22 Jul 11: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.

Sebelum ini. media melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam. (Kosmo! Online)

1 comment:

leekonu said...

DIMENSI



Omegay: Mat Sabun kantol lagi! kwang!..kwang!..kwanggg!Thursday, July 21, 2011 10:16 PM
akhirnya Mat sabun kantol!...tunggangan ala2 kamikaze sondol belakang kereta polis yang menyebabkan kepale lutut dia rabak akan menjadi igauan seumur hidup..

Petang tadi pihak polis telah mengadakan perjumpaan bersama wartawan untuk sesi penerangan dan rakaman video di bukit aman. Banyak bukti2 yang mengaitkan pembohongan pihak pembangkang di bongkar.
termasuk la si mat sabun lutut kemek..lepas ni mat sabun kena la cari motor besar sket..kalau nak langgar stemroll sampai hancur pun puas hati! kehkehkeh harkkk ptuihh!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails