KL, 7 Julai 11: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.
"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.
Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini. Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS berkata, beliau yakin tindakan tersebut tidak akan menjejaskan ahli PAS untuk datang ke himpunan itu nanti. Dewan Pemuda PAS semalam mengulangi komitmen untuk menghantar 30,000 ahlinya dari setiap negeri ke himpunan itu.
Sementara itu dalam perkembangan terbaru, polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai. Antaranya termasuklah Mohamad, pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, dan aktivis Hishamuddin Rais.
Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. Diminta mengulas perkara itu, Mohamad berkata beliau akan merujuk peguam untuk tindakan lanjut. (IH)
Sebelum ini...
- Taktik Kotor PM, 91 Dilarang Masuk KL Sabtu Ini
- E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
1 comment:
jaga2 umno kekuasaan anda telah hampir sampai kepehujungnya. kejatuhan sedang menanti. kpd pemimpin2 dan sesiapa yg terlibat dlm penyalahan guna kuasa waspada, masa sedang menanti anda. rancanglah kehidupan anda dan keluarga untuk masa mendatang.
Post a Comment