OSLO: Lelaki Norway berusia 32 tahun yang ditangkap kerana menembak mati kira-kira 84 remaja di pulau percutian Utaoya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai Anders Behring Breivik, pengurus sebuah syarikat pertanian.
Suspek berkenaan dilapor tiba di pulau itu dan melepaskan tembakan selepas menegur beberapa remaja. Menurut laporan, dia juga kelihatan berada di tempat letupan bom di Oslo, dua jam sebelum kejadian di Pulau Utaoya.
Dalam laman Facebooknya, lelaki berusia 32 tahun itu menyifatkan dirinya sebagai ‘bujang’ dan beragama Kristian serta menyenaraikan drama pembunuhan bersiri, Dexter dan siri pontianak, True Blood, sebagai rancangan televisyen yang diminatinya. Mengenai politik, Anders menyenaraikan dirinya sebagai ‘Konservatif.’ Bagaimanapun, Televisyen Norway melaporkan dia mempunyai hubungan dengan pelampau berhaluan kanan.
Seorang rakan berkata, dia juga anti-Islam dan menentang keras dasar pelbagai budaya. Antara minatnya ialah memburu, bina badan serta gerakan Freemason. Anders dikatakan memiliki mesingan dan sepucuk pistol Glock. Selaku pengurus syarikat pertanian Breivik Geofarm, dia mudah memperoleh baja untuk menghasilkan bom.
Dalam laman Twitter atas namanya, hanya terdapat satu mesej yang ditulisnya pada 17 Julai lalu. Mesej itu berbunyi: “Seorang dengan kepercayaan adalah sama kuatnya dengan 100,000 orang yang hanya mempunyai minat.” - Agensi
Edior Blog Ibnu Hasyim, Dr Mohd Hasyim sedang berderamah di Majlis FKUB (Forum Kerukunan Umat Beragama) di Medan, awal bulan ini..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan di Oslo serta kejadian tembakan di kem remaja di Utoeya, Norway semalam. Kami menyampaikan perutusan takziah kepada kerajaan Norway di atas kejadian yang telah berlaku itu.
Setakat ini 91 orang dilaporkan terbunuh dalam kedua-dua kejadian itu, termasuk 84 dalam kejadian tembakan secara rambang oleh seorang lelaki di tempat perkhemahan remaja di pulau peranginan Utoeya. Solusi ke arah penyelesaian, antaranya ialah dengan mempergiatkan percanangan kewaspadaan (Wasber) dan kerukunan beragama, terutama untuk keamanan di Souuth East Asia. Lihat lanjut.. E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama. Klik gambar di bawah ini..
No comments:
Post a Comment