Saturday, July 09, 2011

Polis Makin Hebat.. Tangkap!

Anggota polis menahan sekumpulan individu di KL Sentral, dipercayai mereka yang hendak menyertai perhimpunan petang ini. - Foto TMI

KL, 9 Julai 11: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini. Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dilaporkan memantau sekitar ibu negara menjelang himpunan Bersih 2.0 petang ini.

Pesuruhjayanya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, seramai 35 pegawai Suhakam termasuk dua pesuruhjaya termasuk beliau dan Janes Nayagam bermula jam 9.30 pagi ini hingga selesai himpunan.

Menurutnya, tujuan pemantauan adalah untuk memastikan semua urusan berkaitan berjalan mengikut peraturan sesuai dengan kedudukan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang tidak melanggar undang-undang khususnya Perkara 10 Perlemabgaan Persekutuan.

“Ini sejajar dengan pengakuan pihak Bersih sendiri yang mengatakan perhimpunan ini adalah himpunan aman,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

“Jika pihak berkuasa bertindak di luar undang-undang ke atas orang awam, pihak kami akan mengambil tindakan secara langsung untuk memaklumkannya kepada pihak atasan PDRM,” ujarnya.

Selain itu, katanya pihak Suhakam akan terus membantu berdasarkan bidang kuasa yang ada. Orang ramai boleh menghubungi Suhakam di talian 03-26125600 (pejabat), 012-3291423 (Ameer), 012-3290683 (Simon), 012-3291536 (Lee), 012-2067406 (Azizah).

Polis menghalau mereka yang tidak mempunyai tiket dari stesen komuter Kuala Lumpur sekitar 10 pagi tadi. - Foto TMI

Berikut kita ikut siaran langsung bersama Harakahdaily. net ...

11.12 am: Kg Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kg baru.

11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.

11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.

11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.

11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.

11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.

10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.

10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.

10.50 am:
KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.

10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.

10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.

10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.

10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.

10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.

10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.

10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.

9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.

9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.

9.20 am: Masjid Jamek - 7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

9.15 am: MAju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.

8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.

(IH/Harakah)

1 comment:

Anonymous said...

Aku cadangkan...semua yg ditangkap...hantar jer ke vietnam ker...ke burma ka....jgn bagi balik...kat lokap sementara ...kita pakat belasah ramai ramai...ajar depa bab bersih ....cilaka punya bersih nyusahkan org...skali lagi celaka punya geng bersih yg bershit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails