Saturday, July 09, 2011

Presiden PAS Ditangkap.




KL, 9 Julai 11: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi. Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang. Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Samsuri. Laporan Harakah.

Perarakan: Ambiga, Hadi, Khairy ditangkap, Anwar cedera. Lihat GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG:

3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.

2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.

NONE2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.

2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.

2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka. (IH/Malaysiakini.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails