KL27 Jul 11: 10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.
Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.
Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.
Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu. Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.
Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya. Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar. Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis. Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers. (IH)
HAHAHAHA
ReplyDeleteMacam mana kata Rakyat didahulukan?
Belum apa apa dah nak tangkap dan heret masuk lokap?
Kalau Najib cerdik dia patut terima surat atau tuntutan rakyat. Dan bersalam dengan seorang rakyat di stesen lrt.
Kalau depan PM pun polis boleh berkasar macam mana nak kata mereka ikut SOP. Kecualilah orang ni bawak senjata.
Dan yang peling rugi ialah Najib sendiri.
Dia telah menipu rakyat dengan selogan yang tak boleh diterima.
Kalau dapat peluang begini pun x boleh ambil kesempatan memang sah Najib akan bungkus lepas ni.
Kepada Polis hang pa semua memang bikin bos hangpa pening kepala. Macam mana nak cari video baru pulak lepas ni.