Ayer Keroh 26 Jul 11: Pengarah Pilihan raya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail (gambar) kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkan tidak peka dan sensitif dengan kehendak rakyat yang mahukan pilihanraya bersih dan telus dengan kaedah yang jauh lebih murah lagi terbukti berkesan.
"Memang SPR sebenarnya sengaja tidak mahu menggunakan kaedah yang jauh lebih murah dan berkesan untuk mengelakkan seseorang mengundi 2 kali dan penipuan lain," ujarnya.
Beliau berkata, rakyat hanya mahu memastikan seseorang itu tidak mengundi 2 kali, maka seseorang itu telah mengundi dan tangannya dicelup dalam dakwat sudah pasti dia tidak boleh mengundi kali kedua kerana sudah ada kesan di tangan.
Tetapi, ujarnya jika kaedah biometrik dipakai, maka sudah pasti seseorang itu boleh mengundi lebih dari sekali jika namanya ada di beberapa tempat yang berlainan seperti yang dibuktikan oleh banyak pihak sebelum ini.
"Seseorang itu juga boleh mengundi banyak kali jika dia mempunyai Kad Pengenalan sah yang banyak. Ini kerana biometrik boleh memastikan bahawa dia adalah pemegang Kad Pengenalan yang sah berpandukan cop ibu jari dalam biometrik walaupun gambarnya tidak sama dengan tuannya," ujarnya.
Menurutnya, sememangnya banyak cara dan kaedah untuk menipu jika kaedah biometrik digunakan asalkan pemegang Kad Pengenalan itu mempunyainya yang menggunakan data ibu jari dia sendiri.
"Sudah banyak isu dan dakwaan yang kita dengar di mana pendatang asing di beri Kad Pengenalan dengan mudah. Selain itu sudah banyak tangkapan dibuat ke atas pegawai yang terlibat dengan pemberian kad pengenalan," ujarnya.
Ini, katanya bermakna sememangnya wujud kes di mana Kad Pengenalan yang mempunyai sistem pengenalan biometrik itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, lebih-lebih lagi jika ia direstui oleh pihak-pihak tertentu.
Beliau berkata tuntuan Bersih 2.0 tentang penggunaan dakwat kekal sememangnya relevan dan praktikal dan tidak memerlukan kos yang tinggi dan prasarana yang canggih.
"SPR dan kerajaan jangan buat-buat tidak faham akan perkara ini," tegasnya. (IH)
PAS tak nak pakai sistem Biometrik ni pasai depa susah nak tipu....TGHA pun rasanya tak nak pakai jugak pasai ianya besi...macam video Anuar tu...!
ReplyDeletePAS ada ke kat Melaka ?
ReplyDelete