Saturday, July 16, 2011

Tak Boleh Jual Produk Bersih 2.0 -Polis



SHAH ALAM: 16 Jul 11: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa termasuk wakil rakyat, yang didapati menjual produk dengan logo perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ahmad Zahedi Ayob berkata, tindakan menjual barangan seperti kemeja-T atau tali leher yang tertera logo Bersih 2.0 itu menyalahi undang-undang kerana pertubuhan itu haram.

Menurutnya, tindakan menangkap dan merampas barangan terbabit boleh diambil.
“Sekiranya kami menerima laporan (berhubung penjualan itu), tindakan tegas akan dikenakan tanpa mengira status kerana ia nyata menyalahi undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Asip menegaskan penyokong Kerajaan Negeri menjalankan kempen penjualan tali leher Bersih 2.0. (IH)

No comments:

Post a Comment