KL, 19 Jul 11: Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol terhadap menteri berkenaan.
Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.
Pada 31 Januari lalu, Rais (gambar) memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap morePemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember lalu.
Tulisan itu disiarkan dalam laman sharpshooterblogger.blogspot.com. Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau. Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.
Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral. Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.
Akhir tahun lalu, Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang Amizudin. Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. (Sumber The Malaysian Insider)
Lihat cerita sebenar...
2 comments:
Bro...
RM300K ka RM400K??
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2011/07/sharpshooter-diperintah-bayar-rm300k.html
kang ada pulak orang meroyan hee
Terima kasih.. Kami betulkan..
Post a Comment