Monday, July 25, 2011

Wardina & 'Dalam Mihrab Cinta' Sambut Ramadan K'tan

HALAMAN HIBURAN
Kota Bharu 24 Jul 11: Kehadiran Wardina Safiyyah, melalui Bicara Selebritiu dan tayangan filem 'Dalam Mihrab Cinta akan diadakan di Balai Islam Lundang Kelantan menjelang Ramadan ini.

Kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah ”Menjelang Ramadan ini program tayangan filem Dalam Mihrab Cinta dan Bicara Selebriti pula akan diadakan di Balai Islam Lundang di sini”. Tayangan filem Dalam Mihrab Cinta pula akan diadakan pada jam 9 pada 29 Julai ini.

Manakala malam keesokannya pula program Bicara Selebriti bertajuk ”Indahnya HidayahMU” akan menampilkan pensyarah USM, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selebriti tanah air, Wardina Safiyyah, pemuzik, Sham Kamikaze dan pendakwah, Ustaz Hasrizal Jamil.

Amin Idris iaitu selebriti TV Al-Hijrah akan bertindak sebagai moderator. Program berkenaan dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ash Har Travel & Tours Sdn Bhd dan Al-Quds Travel Sdn Bhd. Ahmad Baihaki yang Adun Pasir Tumbuh berkata, program berkenaan dilihat berupaya memberi ketenangan, mendidik jiwa dan merapatkan tautan hati generasi muda dengan Allah SWT.

Persembahan diadakan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998, di antara kriterianya mengasingkan penonton lain jantina dan artis perempuan tidak dibenarkan. Kini program itu mulai subur dan berupaya menarik minat generasi muda. Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan Kelantan berusaha membawa perubahan dengan memperkenalkan hiburan berkonsep Islam.

”Ini untuk memastikan rakyat sentiasa mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen. Program-program hiburan berbentuk Islam sudah acap kali diadakan di sini." Jelas beliau lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan macam program hiburan anjuran di bawah kerajaan BN, bercampur baur lelaki perempuan dan jantan betina. Perempuan berpakaian ala mandi berkemban di sungai zaman dulu pun dibawa naik ke pentas ramai. Lihat saja contohnya dalam tv di Malaysia. (IH)

No comments:

Post a Comment