Monday, August 29, 2011

Amaran Rakyat,Tak Puas Cara Kendali BERSIH 2.0...

KL 29 Ogos 11: Menjadi suatu amaran rakyat kepada PM Najib, apabila hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal bulan lalu.

Hasil kajian firma Merdeka Center. yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 48 peratus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pentadbiran Najib manakala 39 peratus melahirkan pendirian bersetuju. Mengikut pecahan kaum, pendirian tidak berpuas hati sangat tinggi di kalangan masyarakat Cina iaitu 68 peratus, diikuti 55 peratus melibatkan orang India dan 37 peratus kalangan Melayu.

Bagaimanapun dari segi puas hati, responden kalangan Melayu merekodkan 53 peratus, 28 peratus di pihak kaum India dan 17 peratus orang Cina.

“Hampir 49 peratus responden mengatakan bahawa mereka memahami tuntutan-tuntutan Bersih 2.0, gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang telah diharamkan, yang menuntut pembaharuan bagi pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.

“(Hanya) seramai 39 peratus responden melahirkan rasa puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan isu-isu berkaitan dengan Bersih sementara 48 peratus responden tidak berpuas hati,” kata Merdeka Center.

Kajian itu menunjukkan bahawa seramai 33 peratus responden faham tentang lapan tuntutan dibawa oleh Bersih 2.0 manakala 29 peratus faham sedikit dan baki 19 peratus tidak tahu atau tidak faham langsung.

Kajian kali ini, menurut Merdeka Center dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu. Berkaitan dengan pembaharuan pilihan raya kajian kali ini turut mengemukakan soalan khusus berkaitan dengan keperluan mengkaji dan membersihkan daftar pemilih, penggunaan dakwa kekal, membenarkan pembangkang menggunakan media arus perdana dan mengundang pemantau asing dan tempatan.

Seramai 88 peratus responden bersetuju dengan soalan mengenai keperluan mengkaji dan membersihkan daftar pemilih. Peratus itu juga agak tinggi iaitu antara 85 dan 89 peratus mengikut setiap kaum yang ditemui. Seramai 70 peratus bersetuju agar pilihan raya di negara ini menggunakan dakwat kekal dan 19 peratus tidak bersetuju.

Dalam pada itu, seramai 68 peratus bersetuju dengan cadangan membenarkan pembangkang akses kepada media arus perdana dan 70 peratus mahu kerajaan membenarkan pemerhati asing dan tempatan memantau perjalanan pilihan raya negara ini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails