Sunday, August 28, 2011

Dia Mahu Islam, M'sia Bukan N/Islam, Rupanya ada....

KASIH IBU... Kartika menemani anaknya Wann Kaitlynn dan Qaisara.
KASIH IBU... Kartika menemani anaknya Wann Kaitlynn dan Qaisara.
Ada maklumat dirahsia

SUNGAI SIPUT: DIA mahu dilaksamanakan hukuman mengikut perundangan Islam ke atas dirinya kerana kesalahan minum arak. Dia mahu hukman disebat cara Islam. Dia mahu bertaubat. Tentu dia yakin undang-undang Islam dalah undang-undang terbaik.

Tapi malangnya, negara Malaysia bukan negara yang berhasrat melaksanakan perundangan Islam mengikut agama, iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Undang-undang jenayah dan lain-lain yang dianggap dari agama, adalah bukan dari ajaran agama Islam sebenarnya. Contoh tiada hukum sebat yang adil bagi peminum arak. Zina kalau dilakukan secara suka sama suka, tiada hukuman boleh dikenakan. Bahkan hukum buang sampah lebih mahal dari hukum khalwat.

Hingga kini dia yang berstatus seorang janda menjadi popular kerana ingin dan minta dihukum secara Islam. Dia, ialah Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, menjadi perhatian ramai lelaki, sama ada orang kebanyakan mahupun berstatus VIP. Ramai yang mahu melamarnya menjadikannya sebagai isteri. Rupanya itulah antara hikmahnya.

Menurut myMetro hari ini, ada yang menghantar surat berserta biodata lengkap seperti surat memohon kerja, meluahkan perasaan secara bertulis, malah tidak kurang yang lebih ‘gentleman’ berjumpa ayahnya semata-mata mahu menyampaikan hasrat di hati.

Namun, buat masa ini, tidak terlintas di hati wanita kelahiran Kampung Jawang, di sini, itu untuk mengakhiri zaman jandanya, apatah lagi dia baru kehilangan anak sulung, Mohamad Azfar Muhammad Affandi, 9, akibat lemas pada 8 Mei lalu. Kartika tidak menafikan tertarik dengan surat ‘lamaran’ diterima, namun individu yang melamarnya merahsiakan beberapa maklumat, terutama status terkini.

Katanya, bukan bermakna dia menutup pintu hatinya kepada lelaki lain selepas bercerai dengan bekas suami, Muhammad Afandi Amir, 39, tahun lalu, tetapi Kartika enggan memikirkannya dalam masa terdekat.

“Saya baru mengambil alih perniagaan inap desa Perak River Safari daripada ayah dan tumpuan kini hanya kepada kerja untuk mempromosikannya yang diuruskan bersama dua abang saya.

“Wanita mana tidak mahu hidup bersama lelaki bergelar suami, tetapi ia (berkahwin) bukan keutamaan saya dalam tempoh lima tahun ini.

“Namun, jika ditakdirkan bertemu jodoh dalam tempoh itu, siapalah saya untuk menolaknya,” katanya.

Kartika berkata dia tidak meletakkan syarat bagi mereka yang ingin menyuntingnya sebagai suri hati tetapi paling penting, lelaki berkenaan menerima anaknya, Wann Kaitlynn Saridewi Muhammad Affandi, 7. Katanya, anak adalah keutamaannya kini, lebih-lebih lagi sejak melalui kejadian sedih yang meragut nyawa anak sulungnya ketika insan lain yang bergelar ibu gembira menyambut Hari Ibu.

Bagaikan menjadi penawar duka, Kartika menerima seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang diberi seorang wanita seminggu selepas pemergian Azfar untuk dijadikan anak angkat. Kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Qaisara tidak dianggap pengganti Azfar, sebaliknya sebagai kawan kepada Wann Kaitlynn.

“Qaisara tidak akan sama dengan Azfar kerana anak sulung saya mempunyai tempat istimewa dalam hati saya dan dia (Azfar) tetap saya kenang dan sayang sehingga ke hujung nyawa.

“Bagaimanapun, saya tetap mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Qaisara kerana dia adalah amanah yang perlu saya pelihara dengan sewajarnya,” katanya.

Seperti Azfar, Qaisara tergolong dalam kategori kanak-kanak istimewa kerana mengalami masalah lembam tetapi Kartika reda menerima kekurangan anak angkatnya itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, As-salamu 'alaikum dan tahniah!

1 comment:

Saniman said...

Tahniah.. Dengan paparan ini, sesuatu yang patut kita renungi bersama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails