Tuesday, August 23, 2011

Gaddafi Masih Di Libya

Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif Al-Islam disambut oleh pengikutnya di Tripoli awal pagi ini.

Pentagon percaya pemimpin Libya, Muammar Gaddafi masih berada di dalam negara itu, kata jurucakap tentera. Jurucakap itu, Kolonel Dave Lapan berkata, pihaknya tidak menerima maklumat bahawa Gaddafi telah meninggalkan Libya.

NONESementara itu, saki baki tentera yang setia kepada Gaddafi cuba menghalang penguasaan pihak pemberontak ke atas Tripoli. Pemimpin dunia pula menggesa Gaddafi, 69, menyerah diri bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan merayu peralihan kuasa secara teratur ketika perang saudara enam bulan bagi menguasai negara itu kini di penghujung.

Pihak pemberontak berkata mereka kini mengawal sebahagian besar Tripoli tetapi tidak pasti sama ada Gaddafi masih berada di bandaraya itu.

Pihak pemberontak memasuki Tripoli kelmarin ketika kebangkitan penduduk di bandaraya itu. Menurut sumber pemberontak, anak Gaddafi, Mohammed berjaya melarikan diri selepas ditahan di Tripoli. “Ya, benar. Beliau melarikan diri," kata sumber pemberontak di Benghazi.

Mohammed, anak sulung Gaddafi, dan adiknya, Seif al-Islam, ditahan selepas pihak pemberontak menawan sebahagian besar Tripoli, semalam. Sementara itu, seorang lagi anak pemimpin Libya itu, Seif al-Islam berkata Tripoli masih dalam kawalan tentera bapanya.

"Tripoli masih di bawah kawalan kami. Setiap orang harus yakin. Semua masih terkawal di Tripoli," katanya kepada wartawan di luar kediaman Gadaffi di Bab al-Azizya.

"Anda sudah melihat bagaimana rakyat Libya bangkit untuk melawan pemberontak yang tiba di Tripoli, katanya.

"Barat yang berteknologi tinggi mengganggu sistem telekomunikasi dan menghantar mesej salah kepada rakyat,” katanya yang merujuk kepada laporan mengenai kejatuhan rejim bapanya itu menerusi pesanan telefon yang dihantar Ahad lalu kepada penduduk Tripoli.

NONEAnak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam, yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana jenayah terhadap kemanusiaan, tidak ditahan pihak pemberontak seperti dilaporkan dan dikatakan masih berada di Tripoli.

Beberapa wartawan melihat Seif al-Islam berada di kompleks kediaman Gaddafi di ibu negara Libya itu. Pendakwaraya ICC, Luis Moreno-Ocampo, sebelum ini berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditangkap dan kini berada dalam tahanan.
- Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails