Monday, August 08, 2011

Huru-hara Di London, Amaran Kpd Polis M'sia


BEBERAPA anggota polis pencegah rusuhan melihat sebuah bangunan dibakar di Tottenham, utara London semalam.

LONDON 8 Ogos 11: Pihak Polis berusaha untuk memulihkan ketenteraman di bandar raya ini semalam selepas para perusuh mengamuk di utara London dengan membakar beberapa kenderaan dan bangunan. Para perusuh itu mengamuk selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis.

Seramai lapan anggota polis cedera dalam kejadian yang berlaku itu. Salah seorang anggota polis itu cedera di kepala. Rusuhan itu bermula di Tottenham sebelum matahari terbenam. Ia kemudian merebak dengan tunjuk perasaan membantah kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang mati semasa polis melepaskan tembakan.

Tunjuk perasaan itu bermula dengan aman di luar sebuah pejabat polis di Tottenham sebelum dua buah kereta polis dibakar dengan bom petrol. Sebuah bas dua tingkat juga dibakar semasa keganasan berkenaan merebak. Situasi kemudian dilihat gagal dikawal semasa ratusan orang mengamuk, membakar kedai dan beberapa buah kenderaan.

Terdapat kebimbangan bahawa kekacauan itu berlaku ekoran mesej hasutan di dalam media sosial. Bagaimanapun, menjelang subuh semalam, polis menyatakan situasi tenang berlaku di Tottenham. Tiada sebarang tangkapan dilaporkan.

"Berlaku insiden yang membimbangkan untuk penduduk London," kata seorang pegawai polis, Stephen Watson. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Polis Malaysia kena ambil pengajaran, atau yang berupa amaran.

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

tahniah diatas ideologi baru PAS...! kite bakoo je!

Anonymous said...

Nanti kita tuko polis ngan Polis Indon!!!!! hihihihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails