Thursday, August 04, 2011

Iklan Hina Islam Bukti Agama Di Bawah Ketiak UMNO

l

KL 4 Ogos 11: Ramadan telah disambut dengan kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa. Dan Stesen televisyen 8TV hari ini memohon maaf berhubung iklan Ramadan yang di-keudarakan seketika sebelum ditarik-balik berikutan bidasan pelbagai pihak bahawa ia berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa. Sifat perkauman asobiah itu memang dilarang oleh Islam

NONEKali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.

Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.

NONEPada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.

Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” kata Hasbullah.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Inilah bukti bahawa UMNO meletakkan agama di bawah ketiak kuasa politik mereka. Sebab itu banyak berlaku kegiatan yang bercanggah dengan agama, tetapi ulama-ulama mereka sepi seribu bahasa.

Mereka hanya dikelilingi oleh ulaama 'syaitan bisu' seperti yang diistilah oleh hadis Nabi SAW. Satu disebut 'syaitan',dan satu lagi disebut 'bisu'. Fikir-fikirlah, dan bersuaralah wahai syaitan-syaitan bisu. (IH)

No comments:

Post a Comment