Thursday, August 18, 2011
Iklan Seksi: Kem Pem Wanita, & Jakim Buat Apa? -DPP
KL 18 Ogos 11: Dewan Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.
Ketuanya, Nasrudin Hassan di Facebook berkata semua pihak perlu mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular.
Lebih malang, katanya ia diiklankan pada bulan Ramadan dengan memaparkan model yang juga beragama Islam.
“Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.
“Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. Bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? Ke mana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita.
“Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah?” soal Nasrudin.
Ketua pemuda PAS itu juga membidas pihak berkuasa agama seperti JAKIM yang didakwa tidak peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment