Monday, August 22, 2011

Isu Gereja, Sultan Cadang Majlis Syura


KL, 22 Ogos 11: Susulan kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan segala pertikaian.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar), Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.”

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails