K/TERENGGANU: Berkahwin tanpa restu keluarga, sukar dapat surat nikah. Tiada surat nikah maka tidak mudah untuk dapat sijil lahir.
Kerana itu, maka empat beradik yang berusia antara lima hingga sembilan tahun ini, terpaksa hidup seperti pelarian di negara sendiri apabila mereka gagal memiliki sijil kelahiran sejak dilahirkan.
Ekoran masalah tersebut, kanak-kanak terbabit iaitu Norhidayah Mohd. Zaki, 9; Nordiana, 8; Mohd. Alif, 7, dan Mohd. Syawal, 5, terpaksa melupakan hasrat untuk melalui alam persekolahan.
Ibu kepada empat beradik malang itu, Rohani Ngah, 33, ketika ditemui Kosmo Online di rumahnya di Kampung Nibong Che Damak dekat sini semalam berkata, kegagalan empat daripada lima anaknya itu untuk memperoleh sijil kelahiran adalah disebabkan kelalaiannya ketika bernikah pada tahun 2000.
Katanya, dia dan suami, Mohd. Zaki Othman, 48, bernikah tanpa mendapat restu keluarga sehingga menyukarkannya untuk mendapatkan surat nikah.
“Saya akui apa yang berlaku kepada empat anak saya sekarang ini adalah disebabkan kesilapan saya dan suami. Kami tidak memikirkan langsung kesan jangka panjang ketika bernikah.
“Akibatnya, saya sukar untuk mendaftarkan sijil kelahiran empat anak saya disebabkan tidak mempunyai bukti perkahwinan,” ujarnya.
Bagaimanapun jelasnya, anak kelimanya, Nurul Fatihah yang kini berusia tiga tahun telah mempunyai sijil kelahiran selepas dia dan suami mendaftarkan semula perkahwinan mereka pada 2005.
“Sepanjang sembilan tahun mengurus sijil kelahiran anak, saya dan suami terpaksa membelanjakan lebih RM10,000 bagi membayar orang tengah yang kononnya dapat membantu menyelesaikan masalah saya,” katanya.
Lebih memalukan, ujar Rohani, apabila ada orang di sekelilingnya memandang sinis di atas kekurangan keluarganya. Menurut Rohani, dia kini terpaksa bergantung harap kepada Biro Aduan Pemuda UMNO untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat berhubung masalah yang dihadapinya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sampai sekarang pun Biro Aduan Pemuda UMNO tak boleh selesaikan? Hingga empat beradik yang berusia antara lima hingga sembilan tahun ini, terpaksa hidup seperti pelarian di negara sendiri kerana gagal memiliki sijil kelahiran sejak dilahirkan lagi. Di Kuala Lumpur pendatang-pendatang tanpa izin yang tidak jelas surat nikahnya pun dikatakan boleh dapat!
Bagaimana pula rakyat Malaysia yang jelas berkahwin hanya tanpa restu keluarga, tak boleh diselesaikah? Tak adakah jalan keluar? Orang yang sudah berkahwin dibawa suaminya ke Lombok Indonesia pun, Pemuda UMNO boleh dibawa balik ke Malaysia? (IH)
2 comments:
Ini semua salah mereka sendiri. Jika perkahwinan adalah sah, cuma perlu berurusan dgn JPN untuk mendapatkan sijil2 kelahiran anak2 mereka tu. Kenapa nak guna orang tengah? Mungkin ada yg tidak kena dgn perkahwinan mereka?
Jika mak dan ayah adalah warganegara, anak2 juga adalah warganegara yg sah. Mereka mesti bersabar dan rajin pergi pejabat JPN sehingga semua sijil2 dikeluarkan.
Kalau tak boleh selesai juga..declare sebagai PATI. Selepas itu semua boleh dapat.
Post a Comment