Sunday, August 07, 2011

PM Pertama M'sia, Wan Azizah Atau Rosmah..

NONE

KL 7 Ogos 11: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui pernah terlintas di fikiran bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan dakwaan demi dakwaan salah laku seks patut bersara dari politik. Tetapi bukanlah sekarang, kata Wan Azizah.

Apatah lagi, ketua umum PKR itu perlu membela dirinya dalam perbicaraan kes Liwat II yang akan bermula pada Isnin, tambahnya. Malaysiakini mengemukakan soalan berkenaan kepadanya dalam satu temubual minggu lalu bagi menanggap sejauh manakah dakwaan berkenaan menjejaskan kepemimpinan Anwar setakat ini.

"Sebelum ini, ya – ketika dia menjadi profesor di (Universiti) John Hopkins. Saya gembira dengan kehidupan (pada waktu itu).

"Saya perlu berterus terang. Kami merupakan keluarga biasa (pada waktu itu) – anak-anak berada di sana (Amerika Syarikat), melanjutkan pengajian, meneruskan kehidupan dan kami seronok.

"Tetapi kini ada pilihan (yang pelu dibuat). Saya fikir, dalam keadaan politik yang teruk pada masa ini, bukan sahaja Anwar yang diperlukan. Semua orang diperlukan.

"Seorang individu tidak dapat membuat banyak perubahan, tetapi setiap orang dan setiap rakyat Malaysia boleh melakukannya. Inilah yang saya ingin lihat," katanya.

Wan Azizah juga berkata, beliau akan kembali ke arena politik semula sekiranya Anwar kecundang dalam perbicaraan kes ini.

"Sekiranya saya diperlukan, tentulah. Tetapi terdapat ramai lagi pemimpin lain yang sudah teruji...

"Saya bukanlah sangat seorang ahli politik. (Tetapi) saya rasa saya ada imej yang berupaya menyatukan orang ramai," katanya lagi yang meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemimpin muda.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara-negara jiran Malaysia seperti Filipina, Indonesia dan kini Thailand sudah mempunyai Presiden atau PM wanita.. Nampaknya kemungkinan Malaysia ke arah itu mungkin ada, kalau PR menang, dan Wan Azizah dipilih sebagai Presiden PKR. Adakah ia trend wanita diangkat jadi pemimpin tertinggi yang menular ke Thailand akan berlaku di sini? Termasuk dalam UMNO atau kerajaan Malaysia, yang ada desas-desus mengatakan isteri PM, Rosmah Mansur, akan atau telah menguasai jawatan PM?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails