“Kebangkitan rakyat yang berani, yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya, yang tidak tunduk pada kezaliman kerana jiwa yang kaya bukan jiwa yang miskin dan papa kedana,” tegas Presiden PAS itu lagi.
Katanya, kebangkitan dengan jiwa yang kaya dan iman yang kuat boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang zalim. “Sekiranya kita berpegang dengan Islam kita akan diberikan kemuliaan oleh Allah SWT,” katanya.
Justeru, katanya puasa mengajar umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT yang bersedia untuk mengorbankan diri, sanggup berlapar, berdahaga, letih dan menahan diri menghadapi kesusahan dan kepayahan. Tambahnya, mereka meninggalkan nikmat dunia kerana taatkan kepada Allah SWT. “Begitulah kewajipan kita untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi Allah ini,” ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, orang-orang munafik didedahkan oleh Allah bahawa mereka golongan berpura-pura Islam, hatinya tidak percaya dengan Islam. Katanya, orang-orang yang lemah imannya menganggap janji kemenangan yang disebut oleh Allah dan Nabi s.a.w. hanyalah tipu daya sahaja.
Justeru, ujarnya adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam yang dilatih oleh Allah SWT dengan puasa Ramadan untuk membebaskan diri daripada tipu daya syaitan. “Marilah kita berhari raya dengan semangat yang baru, jiwa yang baru, bercita-cita untuk menemui Allah SWT dan hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia,” ujarnya lagi.
Komen weblog Ibnu Hasyim: Kesimpulannya, bukti rakyat memiliki 'jiwa yang kaya' dan 'iman yang kuat' ialah dengan mncetuskan sebuah kebangkitan rakyat yang berani, yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya, yang tidak tunduk pada kezaliman pemerintah. (IH)
No comments:
Post a Comment