Wednesday, August 17, 2011

Satu Lagi Produk Islam Untuk Rakyat K'tan -Nik Aziz




Kota Bharu: Tok Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan melancarkan satu lagi produk Islam untuk rakyat kelantan, Koperasi Rakyat Kelantan (KRK) Sabtu lalu, di Kelantan Trade Centre (KTC).

Dalam ucapannya,Datuk Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998.

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) yang telah ditubuhkan pada 21 .Januari.2011 mensasarkan RM10juta akan berjaya dipungut buat permulaannya dari ahli bagi menggerakkan ekonomi koperasi tersebut. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi KRKB Haji Sabri Abdullah, beberapa hari lepas.

Sabri berkata KRKB ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Kelantan sama-sama melibatkan diri dalam bidang perniagaan terutamanya dalam perniagaan Ar.Rahn.
Menurut beliau lagi KRKB telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Permodalan Kelantan Berhad(PKB) yang menguruskan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn.

Beliau juga berkata walaupun KRKB baru ditubuhkan dan kini masih lagi membuka keahlian kepada rakyat Kelantan, namun yakin dengan prestasi memberangsangkan. Ar-Rahn kini sudah mempunyai 25 cawangan di seluruh negari dan ahlinya akan mendapat pulangan dividen yang tinggi.

“Kita akan menggunakan RM10juta yang kita dapat nanti untuk dilaburkan dalam perniagaan Ar-Rahn ini ..dan PKB telah memberi komitmen untuk menerima pelaburan dari koperasi ini.” Ujar beliau.

Ahli KRKB tidak perlu bimbang dalam urusan kewangan koperasi ini kerana KRKB telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk membuat pelaburan dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn. Kerjasama antara kedua pihak ini akan memulakan pelaburan pertama di cawangan Ar-Rahn Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu.

“Antara kelebihan melabur dalam KRKB ini ialah pulangan dividen yang kompetitif serta saham minima sebanyak RM500 sahaja, serta ahli diberi peluang untuk menambah dengan tanpa had ..dan pelaburan juga berasaskan syariah”katanya lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan koperasi ini melalui talian 09-7414332 / 7432281 atau terus ke pejabat KRKB yang terletak di Pusat Pasar Borong Wakaf Che Yeh.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails